Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan kekal RM6.50

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan kekal RM6.50

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan pada tahun ini kekal RM6.50 seorang, kata Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Nor Azmi Musa.

Beliau berkata PZNS akan membuka kaunter zakat di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini, dengan waktu urusan pada Sabtu, Ahad dan cuti umum ialah dari 9 pagi hingga 4 petang, manakala bagi hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Selain kaunter PZNS, pembayar zakat juga boleh melakukan pembayaran di pasar raya terpilih di sekitar Seremban pada setiap Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 5 petang, katanya dalam kenyataan.

“Orang ramai juga boleh melakukan pembayaran zakat fitrah kepada 1,100 amil yang dilantik oleh PZNS di masjid dan surau dalam kariah masing-masing,” katanya.

Selain di kaunter PZNS, Nor Azmi berkata umat Islam di negeri ini juga boleh menunaikan zakat harta di kaunter Pos Malaysia, ejen bank PZNS seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB dan Bank Simpanan Nasional.

TAGS