Malaysia Dateline

Kadir Jasin akui berlaku pertemuan Mahathir dan pemimpin Umno

Datuk A KAdir Jasin

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan dua keping gambar yang tular mengaitkan berlaku pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan  lima pemimpin Umno sejak semalam sebenarnya berlaku pada 22 Oktober lalu.

Pemimpin Umno yang hadir itu antaranya Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Mohamad Hassan, Datuk Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar

Gambar itu tiada kaitan dengan pengumuman pengisytiharan pemimpin Umno Sabah keluar berjamaah dan ketika pada masa yang sama Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang akhbarnya tanpa orang kanannya Mohamad. petang semalam ataupun kemungkinan pemimpin Umno dari Perlis, Negeri Sembilan  dan Selangor  akan keluar parti sertai Bersatu yang di viralkan netizen.

Menurut A Kadir, pertemuan yang berlaku antara Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah atas permintaan lima pemimpin Umno itu.

“Gambar yang ditularkan di media sosial ini tulen.

“:Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini.

“Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

“Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun,” ujarnya dalam status dimuat turun di facebooknya hari ini.

Menurut A Kadir lagi dikalangan pemimpin Umno itu mempunyai harapan dengan pertemuan itu akan memberikan mereka ‘talian hayat’ adalah silap.

“Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat.

“Tetapi mereka silap besar. Pada 15 November Adnan Mansor dituduh di mahkamah kerana rasuah.

“Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga.

“Tetapi jenayah tetap jenayah,” ujarnya.

Sumber lain dipetik, dipercayai dua keping gambar tersebut telah dirakam sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan ia adalah jemputan makan malam daripada Dr Mahathir sendiri ke rumahnya.

Kata sumber lagi, perjumpaan tertutup itu semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian serta menolak daripada sebarang usaha untuk mengharamkan Umno