Malaysia Dateline

Kadun Sungai Dua turun padang edar barangan keperluan asas

Prihatin terhadap kesulitan yang sedang dihadapi oleh penduduk kampung khususnya golongan bawahan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac, Sekretariat Pembangunan Kadun Sungai Dua, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara telah mengambil inisiatif spontan dengan menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas sejak awal minggu ini.

Menurut Pegawai Penyelaras Kadun Sungai Dua, Mohd Taufek Abdul Rahman barangan yang disumbangkan adalah keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak dan lain-lain keperluan.

“Terdapat penduduk yang terputus dan hilang sumber pendapatan serta kehabisan bekalan makanan.

” Sekretariat mensasarkan bantuan sebanyak 200 keluarga penerima bagi seluruh Kadun Sungai Dua bagi fasa pertama dan telah pun berjaya mengedarkan hampir setengah dari jumlah sasaran.

” Kami mengharapkan semua agihan bantuan in dapat diselesaikan secepat mungkin meskipun usaha sedang giat dijalankan dengan mengedarkan pek makan tengahari dan malam kepada anggota Polis, Rela, Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta juga petugas Klinik Kesihatan Sungai Dua, ” jelas beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Tasek Gelugor.

Turut sama menyertai agihan yang disampaikan ialah Ahli MBSP, Saifullah Abd Nasir, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Dr Wan Nor Hassan serta Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ahmad Fahmi.