Kagum dengan didikan Aidid Marcello, anak sulung berjaya hafaz 30 Juzuk Al-Quran!

Oleh WAN SITI AMINAH

Anak kepada pasangan personaliti televisyen popular, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek iaitu Muhammad Iman telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Meluahkan rasa syukur, Aidid tampil berkongsi kejayaan dicapai anak sulungnya itu menerusi satu hantaran video dimuat naik di akaun Tiktok miliknya, baru-baru ini.

Difahamkan, video berdurasi 1 minit 47 saat itu merakamkan Majlis Sabak Akhir 30 Juzuk yang dihadiri pelajar Akademi Al-Quran Amalilah (AKMAL) termasuklah Iman.

Berdasarkan rakaman tersebut, dapat dilihat Iman menerima penghargaan kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 11 bulan dan 20 hari sahaja.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu. Tiada lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami.

“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan di Akademi AKMAL ini.

“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa Daddy dan Mummy bila kami tiada nanti,” katanya.

@aidid.marcello

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, xda apa lagi dah hadiah yg lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @iman berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan di @Akademi Al-Quran AKMAL ini. Semoga Iman terus berjaya dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah xda nanti. Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis disini bukan utk riak tetapi sebagai tempat utk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah. Saya doakan juga kepada maka ayah lain yg sedang berhempas pulas dengan anak yg sedang habiskan Al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang Al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah. Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil 😍 🎬 : @MQDigital #aididitmyway #alhamdulillah #alhamdulillah❤️ #dontgiveup #fy #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – Aidid.Marcello – Aidid.Marcello

Tidak berniat untuk bersikap riak, Aidid menjelaskan tujuannya berkongsi perkara itu di media sosial adalah sekadar untuk kenangan dan peringatan kepada anak cucu.

Bekas pengacara popular itu juga turut mendoakan yang terbaik buat ibu bapa lain supaya generasi akan datang akan mencintai kitab suci al-Quran hingga akhir hayat.

“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja mampu membantu kami kelak. Tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan menjadi peringatan untuk anak cucu nanti, insyaAllah.

“Saya doakan juga kepada mak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak untuk habiskan Al-Quran agar terus bersabar. Semoga anak kita semua sayang Al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi.

“Maafkan saya kalau ada silap kata dan bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.” Jelas Aidid dalam hantaran itu.

Baca juga: Lakonkan watak tomboi, Shaza Bae terkejut terima ‘DM’ daripada wanita bertudung