Mengagumkan, gelagat seekor beruk yang sedang menjaga bayi tuannya telah berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Mana tidaknya, cara beruk itu mencurahkan perhatian kepada bayi yang sedang menangis itu tidak ubah seperti manusia.
Bayangkan, haiwan yang merupakan salah satu spesies monyet itu langsung tidak melepaskan genggaman tangan bayi di sisinya.
Malah, ketika bayi menangis, beruk itu kelihatan panik dan tampak berat hati mahu meninggalkan anak kecil tersebut bersendirian.
Apabila teriakkannya semakin kuat, barulah haiwan itu segera berlari ke arah tuannya untuk memujuk bayi agar berhenti menangis.
Menyita perhatian, rakaman mengharukan itu dikongsi melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton kagum dengan kebolehan haiwan itu dalam menjaga bayi manusia.
Berharap agar haiwan itu sentiasa sihat, ada juga individu yang menasihati agar tuan beruk itu sentiasa menghargai binatang peliharaannya itu.
“Bagusnya. Hebat sang pencipta. Semoga sihat selalu dan dapat berkhidmat kepada tuannya,” kata seorang penonton.
“Hargailah ia elok elok ya, beruk tu dah berbudi pada kita.” Kongsi pengguna lain yang prihatin terhadap haiwan tersebut.
Walaupun sering dijadikan haiwan peliharaan, perlu diingatkan bahawa habitat sebenar beruk adalah di hutan, bukan di sisi manusia.
Baca juga: Terkejut tengok keadaan terkini ‘Comel Tak Kak Ton’, “Patutlah dah lama tak nampak”