Kagum tengok lemang segera buatan Korea Selatan, siap dijual dalam batang buluh!

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman video yang mempromosikan lemang batang buluh daripada Korea Selatan telah berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial tempatan.

Mana tidaknya, produk lemang segera itu terlihat sangat berbeza berbanding yang berada di pasaran Malaysia memandangkan ia dijual sekali bersama batang buluh.

Sedangkan lemang segera yang dipasarkan di negara ini hanya dibalutkan di dalam bungkusan plastik sehingga mengurangkan rasa dan aroma hidangan tradisional itu.

Bukan itu sahaja, produk yang dipercayai buatan Korea Selatan itu turut didatangkan dengan saiz kecil agar mudah dibawa ke mana-mana seperti di tapak perkhemahan.

Video berdurasi 21 saat yang memaparkan proses pemanggangan lemang segera itu dikongsikan menerusi satu hantaran dimuat naik di akaun TikTok @campingformania.

“Produk yang kini meledak dengan populariti. Menu perkhemahan baharu. Nasi di dalam batang buluh, hasilnya (selepas masak) berkilat. Manakala teksturnya pula kenyal dan melekit.

“Diperbuat daripada santan, beras pulut dan garam. Boleh dipanggang menggunakan kayu api selama tiga ke lima minit. Boleh juga dimasak dengan ketuhar gelombang mikro selama 3 minit dan 30 saat,” tulis keterangan video TikTok tersebut.

@campingformania

🔥인기폭발🔥신박한 캠핑메뉴 대나무통밥🎍⠀⠀ 윤기 촤륵✨ 쫀득쫀득✨⠀⠀ 🥥코코넛밀크 + 찹쌀 + 소금 + 대나무 조합⠀⠀ 장작불 3~5분 or 전자레인지 3분30초 ⠀⠀ ✔️공구연장 6월16일(일) 자정종료됩니다.⠀ ⠀⠀ @@ 막차타러 같이 가보자 ㄱㄱㄱ 😎@@⠀⠀ ⠀⠀ 🎁캠미 공구 특별혜택🎁⠀⠀ 대나무통밥 구매시 딸기청을 드려요!⠀⠀ (한정된수량으로 조기 품절될 수 있음)⠀⠀ ⠀⠀ ✳️코코넛밀크 + 찹쌀 + 소금 + 대나무 조합⠀⠀ ✳️장작불 3~5분 / 전자레인지 3분30초 ⠀⠀ ✳️베트남 고산지 50년산 죽통 사용⠀⠀ ✳️다 먹은 후 장작으로 사용⠀⠀ ✳️쫀득하고 은은한 단맛으로 자꾸 손이가는 매력⠀⠀ ✳️인체의 화와 열을 식히는 역할과⠀⠀ 기력을 보강하는데 도움이 됨⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ 🔸그릴&화로 ⠀⠀ 1. 화로나 그릴에 3~5분 넣어주세요⠀⠀ 2. 대나무통밥을 세워놓고 상단부 중앙을 가볍게 칼로 반을 가른뒤 드시면 끝!⠀⠀ ⠀⠀ 🔸전자레인지⠀⠀ 1. 전자레인지 3분 30초 돌려주세요⠀⠀ 2. 대나무통밥을 세워놓고 상단부 중앙을 가볍게 칼로 반을 가른뒤 드시면 끝!⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ 🏷삼열이네 대나무통밥 ⠀⠀ ⠀⠀ 📍공구기간: 6월10일(월) ~ 6월16일(야)까지⠀⠀ 📍냉동보관 가능⠀⠀ 📍옵션 (1개당 170g) ⠀⠀ [맛보기] 대나무통밥 2세트 (*4개입)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [캠핑러버] 대나무통밥 4세트 (*8개입)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [캠핑매니아] 대나무통밥 10세트 (*20개입)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 증정⠀⠀ ⠀⠀ [대용량] 대나무통밥 15세트 (*30개입)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 증정 ⠀⠀ ⠀⠀ 📍구매 방법: 캠핑에미치다 프로필 상단 링크⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ #캠핑용품 #캠핑 #캠핑에미치다 #캠핑요리 #캠핑메뉴 ⠀⠀ ⠀

♬ ハミング – 幾田りら

Menurut perkongsian sama, batang buluh yang digunakan untuk membaluti lemang segera tersebut diambil daripada kawasan tanah tinggi terletak di sekitar Vietnam.

Jelas akaun tersebut, batang buluh itu juga boleh digunakan sebagai kayu api yang selamat dipakai di tapak perkhemahan selepas lemang berkenaan habis dimakan.

Akaun tersebut turut mendakwa produk yang dijual itu mampu membantu meredakan ‘kemarahan’, menurunkan suhu tubuh badan manusia dan juga menguatkan tenaga.

Berjaya mencuri perhatian ramai, video penyediaan lemang segera tersebut berjaya meraih lebih setengah juta penonton dan 17,500 tanda suka daripada pelayar TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terdiri daripada masyarakat Malaysia memuji kreativiti rakyat Korea menginovasi produk lemang segera.

Ramai juga individu meluahkan rasa kagum selepas menonton kaedah penyediaan hidangan tersebut yang terlihat begitu mudah selain tidak mengambil masa lama seperti lemang tradisional.

Baca juga: Wanita saman majikan, tertekan selama 20 tahun dibayar gaji tapi tidak diberi sebarang tugasan