Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kahwin bawah umur di Kelantan: KPWKM tidak campur tangan

Kahwin bawah umur di Kelantan: KPWKM tidak campur tangan

Oleh BERNAMAJanuary 29, 2020 8:22 pm




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak campur tangan dalam keputusan kerajaan Kelantan untuk mengekalkan had usia perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki di negeri itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bagaimanapun menasihatkan kerajaan negeri supaya mematuhi undang-undang dengan menempatkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebagai pembuat keputusan terhadap sebarang permohonan pernikahan membabitkan pasangan bawah umur.

“Hakim yang ditugaskan antara lain boleh mendapatkan maklumat mengenai status ekonomi keluarga, tahap kesihatan bakal pengantin serta pengetahuan berumah tangga pasangan pengantin muda terbabit.

“Hakim juga berhak menolak permohonan jika pemohon tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Perkahwinan Bawah Umur; Antara Harapan dan Realiti di sini hari ini.

Fuziah pada majlis itu turut melancarkan Gerakan Wanita Cakna Kelantan yang dianggotai 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini berkata Kelantan mengekalkan had usia perkahwinan iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki dalam usaha mengekang masalah sosial di negeri itu.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production