Kahwin bawah umur: Pas disaran tidak manipulasi RUU355

Kahwin bawah umur: Pas disaran tidak manipulasi RUU355

Faiz Fadzil

Faiz Fadzil

Saranan Pas agar kerajaan meluluskan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) diluluskan bagi mengatasi isu perkahwinan bawah umur adalah tidakk berasas dan satu manipulasi undang-undang syariah.

Ahli Parlimen Permatan Pasir Faiz Fadzil berkata, isu perkahwinan bawah umur dikawal oleh Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan bukannya Akta 355.

” Akta 355 hanyalah berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah berkenaan batas hukuman undang-undang jenayah syariah yang dibataskan kepada 6 sebatan, denda RM5000 dan 3 tahun penjara.
“Usul RUU355 hanyalah bagi meningkatkan hukuman kepada 100 sebatan, denda RM100,000 dan penjara 30 tahun. Oleh itu, di mana relevannya RUU 355 dengan isu perkahwinan bawah umur,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Mohd Nik Zawawi Salleh bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) perlu diluluskan bagi mengatasi isu perkahwinan bawah umur.

Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH berkata, bagi mengatasi perkahwinan bawah umur mencadangkan agar Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dipinda bagi mengetatkan kebenaran permohonan pernikahan bawah umur dengan memberikan kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah dan bukannya wali.

Katanya,ini bagi menilai sesuatu permohonan dengan beberapa syarat ketat digubal dengan mengambil kira pandangan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan atas premis kepentingan umum.

“Kuasa wali dalam isu perkahwinan bawah umur perlu diimbangkan oleh kuasa Mahkamah Syariah yang diikat dengan peruntukan undang-undang yang lebih ketat. Wali seharusnya menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak dan bukannya menjadikan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.

“Di samping itu, pindaan undang-undang yang dicadangkan ini juga mesti terpakai ke atas perkahwinan yang dijalankan di luar negeri sebelum perkahwinan disahkan oleh Mahkamah Syariah.
“Perkahwinan di luar negeri tidak seharusnya dijadikan jalan keluar bagi mengelak melalui proses undang-undang ini.

“Pemuda AMANAH berpendirian hak kanak-kanak mesti dipelihara supaya tidak wujud unsur diskriminasi, pedofilia, eksploitasi dan perhambaan di sebalik keharusan undang-undang Islam ini. Sesungguhnya, undang-undang Islam menekankan kepada prinsip keadilan dan ihsan selaras dengan firman Allah di surah AnNahl:90. Justeru, kawalan ketat atau larangan perkahwinan bawah umur tidak melanggar prinsip hukum syarak,” ujarnya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Beliau turut berkata, pendirian Pemuda AMANAH menyokong penuh cadangan kerajaan untuk meningkatkan had minima perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun supaya kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terutama dari sudut pendidikan dan kemampuan ekonomi terjamin.

Hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan kehidupan yang baik dan adil bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi perlu diperkukuhkan selaras dengan Perkara 5 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS