Kes seorang jutawan dari Vietnam yang menuntut bekas isteri untuk memulangkan aset berjumlah 288 bilion dong (RM56.20 juta) masih lagi tertangguh.
Menurut VnExpress, kes tersebut ditangguhkan oleh sebuah mahkamah di Bandar Raya Ho Chi Minh.
Kes tersebut ditangguhkan disebabkan oleh permintaan peguam bekas isteri jutawan tersebut, tambahan pula ada individu penting yang tak dapat hadir semasa perbicaraan.
Hakim menerima permintaan tersebut dan berkata, tarikh baharu perbicaraan akan diumumkan kemudian.
Nguyen Duc An menyaman bekas isterinya yang juga seorang model, Pham Thi Ngoc Thuy untuk mendapatkan semula aset bernilai 288 bilion dong daripadanya.
Model berusia 46 tahun itu mendapat julukan Marilyn Monroe Vietnam. Pasangan tersebut berkahwin pada 2006 dengan dan bercerai dua tahun (2008) kemudian.
Pada 2010, jutawan berusia 61 tahun itu memfailkan saman itu kerana mendakwa bahawa bekas isterinya gagal memulangkan hartanah yang dibeli.
Duc An menggunakan wangnya sebelum dia berkahwin termasuk sejumlah saham, kereta dan apartmen, vila dan tanah di negara berkenaan.
Disebabkan tidak mempunyai warganegara di Amerika Syarikat, Duc An terpaksa mendaftarkan tanah atas nama Thuy.
Mahkamah Tinggi California di negara asalnya telah memutuskan bahawa Thuy perlu memulangkan harta itu kepadanya.
Ini adalah kerana tanah itu dibeli dengan wangnya (tidak berkaitan dengan Thuy).
Dia memaklumkan bahawa anak-anaknya akan memiliki harta itu jika Thuy mengembalikannya.
Tetapi Thuy telah berkata dalam temu bual 2014 dengan VnExpress bahawa dia dan An tidak menandatangani perjanjian pranikah mengenai hartanah yang diperoleh semasa perkahwinan mereka, dan oleh itu ia adalah milik mereka berdua.
Baca juga: Hantaran RM222,000, Intan Najuwa pilih bercinta senyap-senyap, kini sah jadi isteri kepada Datuk