Kaji semula kebolehlaksanaan projek HSR harus disokong, kata Raja Bahrin

Kaji semula kebolehlaksanaan projek HSR harus disokong, kata Raja Bahrin

Cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkajisemula kebolehlaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR) jika ia menguntungkan Malaysia atau sebaliknya sewajarnya disokong.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkajisemula kebolehlaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (HSR) jika ia menguntungkan Malaysia atau sebaliknya sewajarnya disokong.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, projek menelan belanja RM50bilion itu menstilah menguntungkan kedua negara terbabit.

“Kajian sejarah seluruh dunia menunjukkan apabila sistem keretapi laju menghubungkan dua kota besar, kota yang lebih besar dari negara yang lebih maju akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar.

“Kota Singapura memanglah lagi besar dan negara yang lebih maju dari Kuala Lumpur dan Malaysia.

“Dari segi perbelanjaan keseluruhan 350km laluan keretapi laju itu, Malaysia akan menanggung kos 335 km sementara Singapura akan menanggung hanya 15km atau 4 % sahaja.

“Mengapa tanggung 96% kos kalau akan menguntungkan Singapura jauh lagi banyak? Apabila Bandar Forest City di Johor Bharu siap ianya akan dimiliki 85% rakyat warga Asing Singapura dan negara China yang akan menjadi sebahagian pada “sambungan” kepada komuniti Singapura,” ujarnya.

Beliau mengulas cadangan Dr Mahathir semalam, ketika ditemubual oleh Sunday Times Singapura, Dr Mahathir dipetik berkata,sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kerajaan baharu itu perlu mengkaji kebolehlaksanaan projek HSR serta keperluannya kepada negara.

Walau bagaimanapun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu tidak menolak projek keretapi laju sejauh 350km itu sekiranya terbukti boleh dilaksanakan, HSR boleh juga diperluaskan ke Pulau Pinang atau sempadan Thailand.

Sambung Raja Bahrin lagi, selain dari kos dan terma kontrak pembinaan yang perlu dikaji, kos sosial dan sampingan ekonomi kepada Malaysia perlu dikaji.

“Konsep bandar satelit asing ini dilaporkan akan memerlukan permit masuk yang eklusif.

“Dengan waktu perjalanan pendek dan selesa hanya satu jam setengah sahaja, ramai perniaga, warga asing dan juga pegawai diplomat akan memilih untuk tinggal di Singapura bandaraya antarabangsa dunia yang maju. Sementara Kuala Lumpur masih berstatus ibu negara yang masih sedang membangun.

“Kos pembinaan keretapi laju sejumlah RM50 bilion juga menjadi tanda tanya kerana kandungan kontraknya di selubungi rahsia.

“Apa juga harga kos kontrak, syarat kontrak seperti pembekalan barangan binaan, perpindahan teknologi, tenaga profesional dan buruh serta terma kewangan jika melibatkan pinjaman semuanya mesti memanafaatkan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Justeru katanya, saranan Dr Mahathir untuk mengkaji semula Projek HSR adalah tepat kerana keuntungan jangka masa pendek dan panjang mesti dipastikan terlebih dahulu untuk negara.

“Buat masa ini tidak banyak keuntungan kelihatan diperolehi oleh Malaysia sementara Singapura akan memperolehi lebih banyak manfaat dengan perlaburan yang minima.

“Kenapakah sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia mesti memberi subsidi pembinaan infrastruktur pengangkutan kepada negara maju bertaraf dunia saperti Singapura ?

“Setelah menyerah Pulau Batu Putih kepada Singapura, kini Malaysia bermurah hati lagi kepada Singapura. Ini tidak mungkin berlaku pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Alangkah kita merindui zaman Malaysia dikagumi,” ujarnya.

 

TAGS