Kaji semula manifesto wajar dilakukan

Kaji semula manifesto wajar dilakukan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah bersetuju dengan usaha kerajaan untuk mengkaji semula Manifesto Pilihan Raya ke-14.

Malah katanya, usaha mengkaji semula itu disifatkan sesuatu yang wajar dilakukan dan perlu ditambah baik bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Ianya perlu diikut bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi di mana kerajaan sekarang perlu membayar hutang yang telah ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu,” katanya pada sidang media ketika hadir di program¬† perasmian pejabat bergerak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Isu ini berbangkit susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu banyak masalah timbul dalam kerajaan PH dan sebahagian besar janji dalam manifesto PRU-14 yang digariskan gabungan tersebut akan menyebabkan negara mengalami kerugian besar.

“Kita mendapati banyak masalah dan berpendapat sebahagian janji dalam manifesto menimbulkan masalah dan kalau laksanakan, mungkin kita akan alami kerugian amat besar.

“Sebab itu kita kena ada kajian atau beritahu kepada kerajaan PH untuk mengkaji semula janji-janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah, tapi sekarang kita menang, jadi sekatan-sekatan itu kena pada kita,”ujarnya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya baru-baru ini.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote