“Kak ipar siap ‘update’ FB kutuk aku tak suka anak dia, rupanya kerja mak mentua selama ni…”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja dapat menahan rasa marah, sudah memikul tanggungjawab menjaga mentua, ada pula yang menumpang kesenangan.

Isu datuk nenek jaga cucu ini bukanlah satu perkara yang baru namun ada juga orang tua yang melagakan anak dengan menantu.

Itulah yang terjadi kepada Yana (bukan nama sebenar) apabila mak mentua sendiri menjadi punca bergaduh dengan iparnya.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Ibu mentua saya memang duduk dengan saya. Sebelum ni dia ada jaga cucu dia. Tapi sejak dia mengeluh pada saya dan suami.

Suami saya terus beritahu kakak dia tetang mak dia yang suka mengeluh itu ini. Penat jaga cucu bagai. Kemudian dua tiga hari lepas tu mentua cakap dia kesian dekat kakak ipar.

Eh kami keliru. Kau ni sebenarnya nak mana satu. Nak jaga cucu ke tak nak sebenarnya. Entah apa la yang dia mengadukan dekat anak perempuan dia.

Tahu-tahu anak perempuan dia terus ambil anak dia pulang ke rumah dia. Mak mentua selalu maki hamun cucu dia. Merentan. Mengeluh cakap di usia begini patut ke dia jaga cucu.

Umur mentua saya sekarang 67. Kami kalau mak mentua tak mengeluh kami pun tak nak campur urusan dia jaga cucu.

Tapi kalau dah tiap kali mengeluh je. Mestilah kami cuba bantu mana yang perlu untuk kurangkan beban dia.

Dah kakak ipar saya salah anggap. Dia cakap kami yang tak suka anak dia duduk dengan kami. Entah apa mak dia cerita kat kakak ipar. Jadi lain pula cerita.

Mak mentua saya memang tidak akan berterus terang dengan kakak ipar saya jika memang dia tidak mahu jaga cucu.

Sy pernah cakap dengan dia banyak kali. Saya cakap ma, saya ambik mama duduk sini untuk tenang-tenang. Tak payah buat apa-apa dan hanya urus diri sendiri.

Saya cakap lagi kalau tak mahu jaga cucu berterus terang sahaja dengan kakak. Tak perlu nak menyusahkan diri.

Lepas tu saya juga kerap bertanya dengan dia. Mama okay ke tinggal dengan kami. Dia selalu jawab mama tak kisah.

Sejak kakak ambil anak dia, hubungan kami dengan kakak agak tegang. Mungkin dia dah salah faham atau memang sengaja tidak mahu faham.

Okay nak di pendekkan cerita. Baru-baru ni dia datang ke rumah kami. Sebelum ni dia pernah cakap. Yang dia tak akan jejak kaki lagi dekat rumah kami.

Tapi dia sendiri yang tak boleh ikut undang-undang yang dia buat. Alasan dia nak ambil bahulu yang di pesan daripada mak dia.

Ketika dia datang rumah saya tu. saya baru balik kerja malam. Anak saya pula meragam badan naik merah-merah gatal. Saya dah sapu macam-macam pun tak kurang.

Saya tak marahkan anak saya. Cuma saya macam penat. Ikhtiar terakhir saya mandikan anak saya. Saya keluar bilik saya buat biasa je la bila nampak kakak.

Tapi memang muka saya agak stress la dengan masalah saya tu. Kakak terus cepat-cepat masuk kereta dengan anak dia.

Tak lama dia muat naik story kat Facebool dia tentang saya. Dia kata saya macam-macam. Dia kata saya buat muka lah. Tak puas hati dengan dia lah.

Nampak sangat dia penakut kan. Kenapa tak tanya saya depan-depan masa jumpa dekat rumah tu.

Saya geram. Saya terus serang dia kat group keluarga dia. Saya cakap kalau dia rasa tak puas hati dengan saya.

Dia boleh tanya mak dia apa yang selama ni mak dia burukkan dia sampaikan saya termakan dengan kata-kata mak dia yang konon hidup terpaling teraniaya.

Lepastu saya cakap lagi selama mak dia jaga cucu di rumah saya. Apa yang mak dia telah buat dekat cucu dia.

Saya ni sebenarnya tak suka mentua saya maki hamun budak tuga tahun macam budak tu dah besar panjang. Maki hamun siap cakap keturunan tak elok la.

Kesian budak tu. Dah la kurang kasih sayang. Mak bapa bercerai. Bapa tak pernah ambil peduli. Mak pula hidup seolah macam tak ada anak.

Lepas tangan ke orang lain. Hidup dengan nenek asik kena ders mental ye.

Okay pada hari itu juga, sebelum saya bergaduh dalam group keluarga dia, mak dah senyap-senyap ikut kakak ipar balik rumah.

Mak mentua saya memang tak akan mengaku silap dia walaupun dia tau silap dia. Kakak ipar percaya bulat-bulat apa yang mertua cakap.

Saya memang dah lama sangat kecil hati dengan mertua. Sebab dia selalu mengadu itu dan ini. Setelah saya tolong, ini balasan dia bagi. Dia buat saya ni yang salah dalam hal ni.

Sejak itu, setiap kali cuti memang saya akan bawa lauk masak di rumah mak saya. Bila malam saya balik untuk tidur. Bercakap dengan dia pun tidak.

Tapi saya rasa bahagia sangat bila dia dengan rela keluar dari rumah kami. Sebab saya dah tak mampu nak layan drama mak mentua saya yang suka belit-belit cerita.

Baca juga: “Habis porak-peranda hubungan aku dengan mentua, patutlah beria biras korek rahsia”