Siapa sahaja menyangka gambar bahagia di sosial media sebenarnya menyimpan rahsia besar dan kecurangan diri.
Lagak baik di hadapan orang namun sebenarnya sedang melakukan dosa dengan curang walaupun sudah ada pasangan sah.
Seorang pengguna Facebook tidak menyangka kakak iparnya yang serba sempurna mempunyai kekasih di belakang abangnya.
Kisah tersebut dimuat naik di halaman Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
“Ada benda aku nak cerita. Aku ada seorang kakak ipar, cantik dan tidak bertudung. Ramai puji kecantikkan dia walaupun anak dah tiga orang.
Aku pendekkan cerita suatu hari akak ipar nak pinjam laptop aku untuk hantar dokumen guna WhatsApp web.
Tiba-tiba anak dia sawan dan bergegaslah kami ke hospital dan dia tak sempat log out ws dia kt laptop aku.
Sampai hospital dia tanya dah log out ke aku cakap dah je la sebab benda simple esok-esok boleh log out kan.
Lepas tiga hari aku log in laptop aku sebab nak tengok movie. Laaa nampak ada notifikasi masuk dari ws web.
Ohhh ok aku baru teringat aku lupa log out ws web akak ipar aku tu.. Noti masuk ‘sayang buat apa’ ingatkan abang aku hantar.
Tapi aku tertengok chat yang bertalu-talu masuk tu bukan daripada nombor abang aku.. Dia tak simpan nombor tu.
Yang pasti chat tu diorang tengah bermanja-manja, terus aku buka baca chat diorang berdua semua.
Ok so daripada sini aku tau akak ipar aku ada skandal dan aku tak nak log out ws dia sebab aku nak tau curang dia dan setakat mana.
Aku terkejut bila tahu mereka dah curang sampai tahap tidur bersama, aku kesiankan abang aku. Aku terfikir macam mana nak kantoikan mereka.
Seminggu tu hampir setiap hari diorang chat kadang tu gaduh.. Bila gaduh jantan tu mesti ugut akak ipar aku untuk sebarkan video diorg main sama-sama dekat abang aku.
Aku paling kesian dekat anak buah kalau mak bapa diorang bercerai, sebab semua kecil lagi.
Kalau setakat skandal mesej-mesej aku boleh tutup mata ni siap tidur sekali dan rakam video, memang jadi mengamuk aku.
Aku meluat bila tengok akak ipar aku upload gmbar mereka anak beranak kat socmed dan berpura-pura bahagia.
Aku menyampah kalau bercakap dengan dia sampai aku selalu usik abg aku dengan perempuan lain, jahat betul aku ni.”
Rata-rata netizen bersetuju supaya individu tersebut maklumkan saja kepada abangnya agar si abang boleh bersedia dan tak hidup dalam dosa.
Baca juga: “Aku bahagia hidup dengan suami lembut, langsung tak menyesal kena kahwin paksa”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio