Kadang-kadang anak bila sudah merasa pegang duit sendiri, mereka rasa mereka layak menghukum dan menghina ibu bapa.
Mungkin terlupa pengorbanan yang dilakukan ibu bapa saat mereka baru mulakan kehidupan.
Seorang individu tidak menyangka si kakak sanggup menghina dan memarahi si ibu hingga sanggup mengutuknya di hadapan jiran.
Di bawah adalah luahan yang dihantar menerusi satu laman luahan perasaan atas talian.
Saya perempuan berumur 35 tahun, anak ketiga daripada lima adik beradik. Mempunyai dua kakak dan dua adik lelaki. Ibu pula dah berusia 72 tahun.
Ibu suri rumah, mengambil upah cuci pinggan dan menolong di kedai masakan, demi mencari duit tambahan menampung kami adik beradik.
Ayahku bekerja di sektor kerajaan. Wang gajinya sentiasa tidak mencukupi membuatkan kami serba kekurangan. Bukanlah seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Biarkan la cerita mengenai ayahku disitu. Aku malas nak cerita panjang dan ayah pun sudah tua dan semakin uzur.
Di sebabkan itu ibu mengambil upah pelbagai pekerjaan sehingga dia mahir memasak dan membuka gerai menjual pelbagai lauk pauk dan kuih-muih.
Semua itu ibu usahakan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Bayangkan kudrat ibu ketika itu tanpa henti bekerja tak kira masa.
Kami adik beradik ketika itu membantu apa yang perlu. Banyak ibu berkorban untuk kami dan bersusah payah untuk kami di waktu kecil.
Sehinggalah kami besar sudah bekerja ibu masih terus di gerainya. Kami dibesarkan dengan duit hasil dari gerai ibu itu.
Mengungkit duit pemberian
Kakak selalu berhutang dengan mak tapi sampai satu masa bila dia dah bekerjaya dia bayar semula cuma ada satu hal dia sangat riak.
Ada satu masa dia canang dia bagi mak aku RM5k, rupanya dia bayar hutang mak bukannya bagi.
Kakak banyak kali melukai hati ibu, banyak kali diungkitnya kepada ibu mengatakan dialah yang paling banyak membantu ibu.
Walhal kakak lupa jasa-jasa ibu yang tak terbalas, yang banyak membantunya dulu. Kakak lupa.
Suatu hari kakak dan ibu bergaduh. Punca mereka bergaduh apabila ibu ketika itu keluar ke kedai membeli barang.
Kutuk ibu dengan jiran
Setiba ibu di rumah melalui pintu belakang, ibu terdengar kakak sedang berbual dengan makcik kami bercakap mengenai keburukan ibuku.
Kakak mengatakan ibu tidak melayan jiran kami dengan baik dan sering bermasam muka dengan jiran. Sedangkan apa yang dikatakan itu tak betul sama sekali.
Memang pernah ibu bermasam muka dengan jiran kami, tapi itu semua sudah berlalu dan mereka saling berbaik dan bermaafan.
Ibu terus sergah kakak dari belakang. Dan paling tidak disangka, kakak dengan selamba memarahi ibu dan tidak merasa bersalah mengutuk ibu sendiri kepada orang lain.
Ibu bertanya kepada kakak kenapa sanggup berkata belakang pasal ibu, tapi kakak terus jawab pasal perkara lain yang tidak berkaitan malahan mula mengungkit segala pemberiannya kepada ibu.
Dia terus memarahi ibu dan terjerit-jerit sedang dia sendiri yang bersalah. Orang yang bersalah tak akan mengaku salah agaknya ya?
Dengan menjerit, dia rasa dia menang dan apa yang dikatakan adalah betul? Aku lihat sendiri betapa luluh dan hancurnya hati ibu ketika itu.
Segala perkataan yang keluar dari mulut kakak sangat tajam seperti orang yang tiada agama yang lupa dia bercakap dengan seorang ibu yang telah tua. .
Panggil ibu dengan gelaran ‘kau’
Dia membahasakan ibu ketika itu sebangai ‘KAU’. Ibu hanya berdiam dan menangis teresak-esak mungkin terkedu dan tidak menyangka apa yang dikatakan oleh kakak.
Ibu menangis semahu-mahunya kerana anak yang dilahirkan, dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh sanggup marah dan maki dengan kata-kata yang menghiris hatinya.
Lagi sedih ketika itu bila ibu berkata kepada kakak, maafkan segala dosa-dosa ibu, mintak di halalkan segala makan dan minumnya selama ini, di halalkan segala duit yang diberinya.
Usah risau, ibu telah lama menghalalkan segalanya untuk kakak termasuk susu badan yang mengalir dalam dirinya.
Ibu memaafkan segala salah dan silap kakak kepadanya kerana tak mahu kakak terus menerus menderhaka dan berdosa terhadapnya sebagai seorang ibu.
Baca juga: “Suami memang rajin kerja tapi balik rumah pinggan tak basuh, periuk kuali berulat”