Pas lancar jentera Sungai Besar, minta semua jangan ambil mudah

Pas lancar jentera Sungai Besar, minta semua jangan ambil mudah

Pas mengerahkan seluruh ahlinya agar bekerja sekuat-kuatnya dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi mencapai kemenangan walaupun mereka kalah hanya dengan majoriti kecil dalam plihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

 

Pas mengerahkan seluruh ahlinya agar bekerja sekuat-kuatnya dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi mencapai kemenangan walaupun kekalahan mereka hanya dengan majoriti kecil dalam plihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali menyeru semua jentera pilihan raya bersiap siaga untuk melakukan gerak kerja pilihan raya apatah lagi PRK Sungai Besar akan berlangsung dalam bulan Ramadhan.

“Saya nak ingatkan walaupun kita kalah dengan majoriti yang kecil tapi kita jangan terlalu leka dengan menyangka bahawa dengan majoriti yang kecil akan mudah untuk kita mendapat kemenangan.

“Jangan terlalu yakin, kita mesti buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan bulan Ramadan ini pemimpin BN akan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk berkempen jadi Pas pun kena lawan,” katanya dalam program pelancaran jentera pilihan raya PRK Sungai Besar peringkat kawasan Selayang di Bandar Baru Selayang malam tadi.

Pada PRU13, calon Pas di Sungai Besar Mohamad Salleh M. Husin tewas kepada calon BN Datuk Noriah Kasnon dengan majoriti 399 undi sahaja.Pelancaran jentera Pas di Selayang malam tadi Foto Zaidy Talib

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun depan.

Tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).

Kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

Menurut Mustafa juga, Pas telah membuat persiapan awal bagi menghadapi dua PRK tersebut dari segi prasarana pilihan raya dan pembahagian jenteranya.

Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad dilantik sebagai ketua jawatankuasa operasi PRK Sungai Besar.

Manakala negeri bantu di Sungai Besar ialah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

“Kita akan bermesyuarat lagi dengan perhubungan negeri Selangor bagi susun atur gerak kerja PRK Sungai Besar.

“Tenaga yang disumbangkan Pas menunjukkan orang tak boleh main-mainkan Pas. Dari segi tenaga tak ada parti pembangkang yang boleh lawan Pas,” katanya lagi.

Mustafa turut menyerahkan bendera Pas kepada yang dipertua Pas Selayang Zaiddy Abdul Talib sebagai simbolik pelancaran jentara PRK Sungai Besar.

Selayang merupakan kawasan pertama yang melancarkan jentera ke Sungai Besar.

Turut berucap malam tadi ialah pengarah jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor Mohd Haslin Hasssan yang juga Adun Tanjung Sepat dan bekas calon Pas Sebuyau Wan Abdillah Wan Ahmad.

TAGS