Baru-baru ini kecoh sekejap tentang durian isi lebam. Orang kata busuk, tapi benarkah begitu?
Mengikut informasi dikongsi seorang peniaga durian, isi durian kehitaman sebenarnya makanan ‘rare’ yang sangat susah dijumpai.
Bahkan katanya, jika durian tersebut dapat pada pelanggan Cina, mereka sangat sukakan durian jenis kehitaman ini yang menjadi buruan bangsawan.
“Bila dapat durian isi macam ni ramai pelanggan yang tolak. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman. Tapi kami tak marah kalau pelanggan reject durian ini. Kami lagi suka
“Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai. Kalau dapat kat pelangan bangsa Cina melompat girang mereka dapat durian ni.
“Tupai King diberi nama. Hanya yang tahu akan rasa dan tekstur isinya. Durian selera Bangsawan. Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya,” kongsi laman Facebook Rizky Durian.
Baca juga: Meraung nak tengok muka YDPA, budak 2 tahun panggil Pemaisuri ‘kakak’, Agong ‘atuk’