Kalah Ronaldo, lelaki berwajah melayu ini rupanya pemain bola sepak terkaya dunia – “Harta lebih RM93 billion!”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pemain bola sepak berjaya mencuri tumpuan selepas menandatangani kontrak bersama kelab profesional dari Thailand iaitu Ratchaburi.

Mana tidaknya, pemain yang dikenali sebagai Faiq Bolkiah itu berjaya menjaringkan gol untuk pasukannya selepas masuk ke dalam padang dengan baki 20 minit biasa.

Dalam penampilan keduanya selepas menyertai kelab baharu, Faiq berhasil menjaringkan gol keenam dan terakhir Ratchaburi pada minit keempat masa tambahan.

Mempersembahkan prestasi yang cemerlang, pasti ramai peminat sukan bola sepak tertanya-tanya mengenai latar belakang sebenar pemain berusia 25 tahun itu.

Bukan sembarangan pemain, Faiq yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu rupa-rupanya adalah anak saudara kepada pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dikenali sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia, Faiq dikhabarkan memiliki harta kekayaan mencecah AS$20 bilion (RM93.82 bilion), lapor Fifa.com.

Harta yang dimiliki oleh anak adinda Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah itu melebihi kekayaan dua bintang bola sepak tersohor, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Dilahirkan pada 9 Mei 1998, Faiq Bolkiah memulakan karier bola sepaknya di AFC Newbury England pada tahun 2009 sebelum berpindah ke pasukan Southampton.

Faiq kekal bersama Southampton sehingga 2013, sebelum ditandatangani oleh beberapa kelab bola sepak terkenal dunia seperti Arsenal, Chelsea dan Leicester.

Menurut Faiq, kerjayanya dalam sukan bola sepak dapat berkembang dengan sokongan ibu bapa yang banyak mendorongnya dari segi psikologi dan fizikal.

“Ibu bapa sentiasa menyokong dalam membantu saya menggapai impian untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

“Mereka melatih dengan bersungguh-sungguh dari segi psikologi dan fizikal sepanjang zaman kanak-kanak saya. Jadi mereka adalah contoh teladan saya.” Jelasnya.

Mengulas lanjut, dalam perlawanan yang disertai Faiq pada Sabtu lalu itu, kemenangan berpihak kepada Ratchaburi menentang Police Tero dalam liga utama Thailand.

Ledakan gol keenam daripada Faiq memberi sumbangan kepada pasukan dengan kutipan tiga mata selepas kemenangan dominan Ratchaburi 6-1 terhadap Police Tero.

Baca juga: Ada sebab kenapa nasi putih tak boleh dipanaskan banyak kali, ini sebabnya anda perlu tahu