Kalahkan 49 negara lain, roti canai Malaysia dinobat roti terbaik dunia, kalah roti nan India!

Oleh KIM SYAZIE

Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia pada tahun 2023 oleh Tasteatlas.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad lalu.

Lihat kedudukan di bawah;

Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.

Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.

Untuk maklumkan anda, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.

Baca juga: “Masa bapa aku sakit, suami tak bagi pergi, siap doakan aku kemalangan, alasan dia sebab tak ada orang nak jaga anak, bila bapa meninggal…”