Kalangan wanita sambut baik usaha Caring Moms

Kalangan wanita sambut baik usaha Caring Moms

Kalangan wanita menyambut baik usaha dijalankan Caring Moms bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam usaha membantu mereka mendepani kehidupan mencabar masa kini.

Kalangan wanita menyambut baik usaha dijalankan Caring Moms bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam usaha membantu mereka mendepani kehidupan mencabar masa kini.

Bagi Allisya Chai, 37, ia adalah pendekatan berguna kepada mereka khususnya berstatus ibu kerana dengan cara itu akan lebih membantu dalam meningkatkan pendapatan juga ekonomi keluarga.

“Saya sendiri menghadapi masalah dalam kerjaya dan terpaksa meninggalkannya bagi memberi tumpuan terhadap keluarga.

“Kini saya mempunyai masa lebih fleksibel dengan menjalankan perniagaan sendiri,” kata mantan pegawai syarikat pembinaan itu kepada media.

Beliau ditemui dalam majlis Caring Moms Bazaar anjuran Caring Moms di Evolve Concept Malls, Ara Damansara di sini, hari ini.

Allisya, ibu empat anak berusia 10 bulan hingga enam tahun, menjalankan perniagaan sebagai perunding hiasan dalam dan menyifatkannya sebagai salah satu usaha bermanfaat kerana kini mmpunyai banyak masa bersama keluarga.

Begitu juga Datin Hasnah Abdul Rahman, 57, yang menjelaskan usaha digerakkan Caring Moms seperti penganjuran Caring Moms Bazaar adalah inisiatif terbaik bagi menggalakkan kalangan ibu menceburi bidang perniagaan serta mendapat peluang membina kerjaya.

“Dengan penganjuran bazaar seperti ini kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan mengenai kerjaya serta perniagaan dan meluaskan pasaran dengan lebih baik.

“Sememangnya ia usaha yang banyak membantu kalangan wanita bergelar ibu dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan pada masa sama mempunyai masa menguruskan keluarga,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan.

Caring Moms Bazaar membuka ruang kepada golongan terbabit menjalin hubungan sesama mereka di samping mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan serta meluaskannya

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta bersama Caring Moms, boleh melayari laman sesawang: http://caringmoms.my atau menghubungi mereka di https://www.facebook.com/groups/caringmoms.

TAGS