Malaysia Dateline

‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe’ – Lagu dengan Datuk Vida ‘trending’ kena dengan mood PRU15

Lagu yang menyaksikan kemunculan istimewa jutawan kosmetik, Datuk Vida dengan lirik antaranya, “‘Kalau aku like, aku like, kalau tak, aku swipe” muncul trending dan dilihat kena dengan mood Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Video muzik lagu nyanyian Alyph itu sekarang berada di tangga kedua sohor kini untuk muzik di YouTube dengan jumlah hampir 600,000 tontonan hanya selepas dua hari dimuatnaik di laman perkongsian video itu.

Antara lirik lain yang dilihat turut berbaur protes terhadap kuasawan atau ahli politik korup ialah “ngada-ngada, bagi secubit nak segenggam” dan “buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan”.

Walau bagaimanapun, Alyph dalam satu wawancara bersama media sama sekali tidak mengaitkan single itu berkaitan politik.

Beliau hanya menegaskan lagu dengan beat mesra di telinga golongan muda terutama pengguna TikTok itu adalah tentang keyakinan diri.

Dalam masa sama, jelasnya, pemilihan Datuk Vida iaitu pemilik kepada nama, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk muncul dalam klip video muzik itu adalah atas faktor itu.

“Saya mahukan karakter (Datuk Vida). Saya tidak perlukan bakat anda kerana anda adalah usahawan wanita yang kuat.

“Kita yakin dengan apa yang kita suka dan kita tidak suka. Dia (Datuk Vida) mana ada kisah. Benda yang dia suka, dia sukalah,” katanya lagi.

Berikut lirik penuh lagu Swipe yang berdurasi hanya 2 minit 53 saat:

Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak, aku swipe.

Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak, aku swipe.

Tak nak jaga hati
Lebih baik aku jujur
Dah banyak situasi yang ku mengalami
Biar takde yang ku kesali.

Dulu diorang beritahu kena buat macam ni
Kalau tak, confirm takle pergi
Bila aku tak dengar
Mereka kata ego tinggi
Tak pandai bawak diri
Korang boleh pergi mxxxxx.

Baby, aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak, aku swipe.

Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak, aku swipe.

‘Ngada-ngada
Bagi secubit nak segenggam
Diam
Sekarang aku nak segalanya
Amacam?
Cabaran
Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan
Amacam?
Aku nak susahkan hidup kau? Tak
Kau dah terbiasa orang dengar cakap
Kau dah leka, itu sebab kau stuck
Bagi otak, aku lap, aku wipe.

Bagi lega, lega
Lega lega lega lega lega
Kau dibebas dera
Kau dapat nikmati warna senja
Itu aku like
Pada hujung hari
Aku susun sepuluh jari
Moga yang tak bersetuju akan buka hati
Psyche!
Korang boleh mxxxxx.

Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak, aku swipe.

Baca juga Ini senarai lagu ketuhanan nyanyian Siti Nurhaliza, lagu kelima mungkin ramai tidak sangka

Baca juga Anwar berhenti tidak sampai sehari bekerja, Najib dan Mahathir kemudiannya ceburi O&G