‘Kalau apa-apa jadi aku ni bapa tak guna’ – Datuk Red

Oleh KIM SYAZIE

Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Red berkongsi kebimbangannya tatkala mengetahui bekas isterinya Adira Suhaimi pengsan di rumah sehingga dimasukkan ke hospital.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, wajah Adira begitu pucat dengan bibir membiru sebaik sahaja sedar dari pengsan.

Dia juga mengakui menangis melihat keadaan bekas isterinya itu.

“Serius tadi saya menangis, tadi gugur air mata seorang duda. Adira pengsan tadi depan anak-anak dan abang dia. Dia boleh tak sedar kepala dia terhantuk dekat peti ais.

“Bila Adira sedar dari pengsan, muka dia sangat pucat. Bibir jadi biru. Lepastu dengan Anggerik menangis, saya terbayang…alahai.

“Kalau apa-apa jadi, aku ini seorang ayah yang tak berguna. Bukannya boleh diharap,” luahnya.

Terdahulu Adira dilaporkan pengsan di kediamannya  selepas demam berpanjangan sejak tiga hari lalu dan mempunyai tekanan darah rendah.

Baca juga: Minyak tumpah atas karpet? Individu kongsi cara senang nak cuci ia, tabur satu bahan ni sahaja!