Malaysia Dateline

‘Kalau berbuka puasa ramai-ramai macam ini langgar SOP tak?’

Puad (berbaju biru) menyertai majlis berbuka puasa anjuran cawangan Umno di sebuah surau di Batu Pahat malam tadi.

 

“Kalau makan ramai-ramai macam ini langgar SOP tak?” Itulah yang ditanya orang ramai terhadap majlis yang dianjurkan oleh sebuah cawangan Umno di Batu Pahat, Johor malam tadi.

Majlis yang turut disertai Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi itu dilihat menganjurkan majlis berbuka puasa di sebuah surau di Senggarang sedangkan berbuka puasa di surau dianggap sebagai melanggar SOP.

“Lewat post kehadiran di majlis khatam Al Quran dan berbuka puasa anjuran UMNO Cawangan Gate Air dan surau Al Hidayah Gate Air Senggarang,” tulis Puad menerusi Facebook beliau malam tadi.

Puad adalah antara pemimpin Umno yang banyak menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) khasnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini diberitakan pengerusi, imam dan bilal di sebuah surau di Johor antara yang maut berturut-turut akibat Covid-19 di Johor.

Majlis berbuka puasa yang dimuat naik oleh Puad dalam Facebooknya malam tadi.