Kalau ‘beruk’ itu Najib, bukan salah saya, kata Anina

Kalau ‘beruk’ itu Najib, bukan salah saya, kata Anina

Anina Saadudin sekali lagi mencetuskan viral di media sosial apabila memuat naik status ‘beruk’ yang metaforanya itu ditafsirkan rakan facebooknya sebagai Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Anina Saadudin sekali lagi mencetuskan viral di media sosial apabila memuat naik status ‘beruk’ yang metaforanya itu ditafsirkan rakan facebooknya sebagai Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Katanya, rakyat sudah matang untuk menilai kredibiliti dan integriti seorang pemimpin.

“Ia satu posting untuk golongan berfikiran matang dan boleh menerima lawak berdasarkan kepada metafora dan sinikal.

“Orang yang berfikiran matang boleh menerima lawak yang mengunakan metafora begini.

“Jika sekiranya rakyat baca metafora begitu dan mengaitkan dengan perdana menteri ia bukan salah saya,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Tahun lalu bekas ahli wanita Umno bahagian Padang Mat Sirat, Langkawi ini pernah memuat naik video yang menjadi viral menunjukkan beliau berucap pada mesyuarat agung bahagian, menggunakan ungkapan seperti “Najib dah kencing tiga juta ahli Umno”.
 
Kata Anina lagi, jika beliau memuat naik foto ‘sampah’ dan meminta pembaca membina ayat berdasarkan gambar itu kemungkinan mereka akan membuat komen PM sampah masyarakat.

“Kalau letak gambar batu, rakyat akan kata PM berhati batu… Saya kata ‘beruk’ tidak bermaksud mana-mana individu. Saya cuma cerita perihal beruk dan pokok. PM pun kalau terbaca status tu tak perlu nak terasa.

Status Fb Ainina menjadi viral di media sosial.“Bagi rakyat apa saja yang saya tulis dalam status di facebook mereka akan nak marah saja pada PM,” ujarnya.

Pada 29 Febuari lalu Anina telah memuat naik statusnya selepas beliau bersama peguam Haniff Khatri dan rakannya, Datuk Seri Zeinal menghadiri sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Perdana.

Hingga kini status dimuat naik itu disukai 2,800 netizen, 572 komen dan dikongsi 285 orang.

“Saya tak percaya rakyat akan respon sebanyak itu,” katanya.

Ditanya pendiriannya kini yang bukan lagi ahli Umno setelah dipecat kerana tindakannya untuk menyaman Najib beliau berkata, walaupun bukan ahli Umno kepada parti Najib namun di hatinya masih lagi ahli Umno.

“Sekiranya Najib turun daripada jawatan presiden dan Umno kembali ke landasan yang betul melindungi rakyat dan negara sebagaimana dasar pertubuhan Umno di peringkat permulaan dahulu, saya akan kembali menyertai Umno.

“Umno telah ‘dihijack’ Najib dan konco-konco yang jadi penyamun kepada wang negara,” dakwanya.

Malah Anina turut mendakwa ramai di kalangan ahli Umno yang menghubunginya melalui facebook dan telefon bimbit untuk bertanya cara untuk keluar daripada Umno.

“Sebenarnya ramai rakyat yang menghubungi saya melalui facebook dan Hp (telefon) bimbit nak tanya macamana nak keluar Umno, malahan yang tidak bersuara tetapi dalam hati mereka bukan lagi ahli Umno Najib.

“Mereka keluar daripada Umno bukan kerana tidak sayang atau benci Umno tetapi mahukan Najib turun daripada (jawatan presiden) Umno,” ujarnya.

Malah cabarnya lagi, jika di kalangan Majlis Tertinggi dan Najib tidak meyakini bahawa ahli akar umbi Umno akan keluar parti, beliau mencabar satu pungutan suara dibuat di kalangan 3.2 juta ahli Umno.

“Jika Najib ingin melihat jumlah ahli yang sebenar buatlah pungutan suara kepada 3.2 juta ahli Umno yang ada pada 2016 ini. Kita akan tahu berapa jumlah sebenarnya yang mahu kekal dalam Umno.

“Umno jangan poyo atau syok sendiri apabila merujuk jumlah keahlian pada rekod 2015. Jumlah keahlian Umno 2016 adalah subjektif kerana ramai dah keluar daripada Umno di dalam hati mereka,” ujarnya.

TAGS