Siapa sahaja tidak kecewa apabila bekas pasangan dilanda kesempitan hidup walaupun sudah berpisah bertahun lama.
Namun jika pasangan tersebut sudah nekad memutuskan sebarang pertalian termasuk bersama anak, pastinya mustahil untuk beri bantuan.
Memetik mStar, penyanyi, Mas Idayu akui terkejut mengenai khabar terbaru bekas suaminya, Aman Graseka.
Lebih mengecewakan, Mas Idayu mempersoal mengapa Aman tidak mencari dan meminta bantuan anak mereka yang kini sudah bekerja.
“Kalau dia nak minta tolong, kenapa tak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang malu sendiri.
Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia. Kalau betullah dia susah,” katanya seperti dipetik mStar.
Anak dah kena block, kalau ‘call’ isteri baru yang angkat
Pada masa sama, Mas Idayu turut mendedahkan nombor telefon anaknya juga sudah disekat selepas isteri baru bekas suaminya itu mengawal tindak tanduknya.
“Nombor telefon Aman saya ada tapi anak dia sendiri tak dapat hubunginya kena block. Kami tak yakin yang sekat nombor telefon itu adalah Aman.
“Sebelum dia kahwin, dia masih bawa anak keluar bersama dengan perempuan (isteri Aman) itu.
“Tapi lepas kahwin dia terus putuskan hubungan dengan anak macam itu je. Saya tahu dia sayang anak dia. Dia ada seorang saja anak perempuan,” tambahnya.
Jelasnya lagi bekas suaminya jarang meminta bantuan malah jika berhubung sekalipun yang mengangkat telefon adalah isteri barunya.
Mas Idayu pada masa sama menasihatkan Aman Graseka jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Kalau nak hidup senang selain daripada memuliakan isteri tak kisahlah pada perkahwinan pertama atau kedua, dia kena tanggungjawab tentang nafkah anak,” ujarnya.
Baca juga: Tiba-tiba cari pasal samakan wajah Zahirah MacWilson dengan bibik, apa kena dengan Fathia Latiff?