Malaysia Dateline

“Kalau buat video ini nak charge, chargelahhh”

“Kalau buat video ini nak charge, chargelah.”

Itulah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam video yang memaparkan bantahan parti itu terhadap syarat baru yang mewajibkan semua video perlukan lesen dari Finas.

Bagi beliau, tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mahu mewajibkan semua penerbitan dan pergambaran video termasuk di media sosial perlu mendapat lesen dari Finas amat tidak kena.

“Saya hari ini ingin membantah dengan keras sekali kenyataan yang dibuat oleh Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan perlu ada lesen untuk sebarang penggambaran video atau filem dalam internet (media sosial).

“Ini sesuatu yang sangat tidak munasabah kerana menafikan peluang orang muda untuk cari makan yang banyak buat filem sekarang.

“Saya harap kenyataan ini ditarik balik. Berikan kebebasan dalam internet sebagaimana yang dijanjikan dulu.

“Jadilah kawan bukan lawan kepada orang muda dan media sosial.

“Kalau buat video ini nak ‘charge’, charge-lahhhh,” kata bekas Menteri Kewangan itu dalam satu klip videonya.