Bukan mahu mengadu domba namun tidak dinafikan bayaran buat artis veteran dengan banyak pengalaman berlakon dibayar rendah.
Malah kebanyakan produksi lebih memilih artis baru dengan pengikut banyak untuk berlakon walaupun lakonan tidak menjiwai watak.
Bukan hanya satu artis tapi sudah banyak pelakon veteran mengadu tidak mendapat bayaran setimpal dengan bakat yang ada.
Hal ini diluahkan pelawak dan pelakon, Azlee Senario yang mendakwa pernah menerima tawaran untuk berlakon sehari dengan bayaran RM500.
“Saya pernah ditawarkan watak yang agak penting juga, dia nak bayar saya satu hari RM500.
“Jadi saya pun cakap balik dik bagi nombor akaun biar saya ‘transfer’ duit, adik sahaja yang berlakon.
“Dia kena tahu jangan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas pelakon-pelakon otai,” ujarnya yang sudah berada dalam industri seni lebih dua dekad.
Pelakon otai di Hollywood terima lebih bayaran
Situasi ini dilihat berbeza dalam industri seni di barat, dimana pelakon dibayar berdasarkan pengalaman dan bukan sekadar pengikut di sosial media.
“Kalau di Hollywood, pelakon-pelakon lama lagi mahal bayaran dia, tapi dekat Malaysia ini terbalik pula.
“Saya kadang-kadang tengok banyak artis veteran mengeluh untuk hargai bakat mereka,” ujarnya dalam video dimuat naik Cincai Media di YouTube.
Namun ada netizen yang memintanya untuk bersyukur ditawarkan RM500 sehari unyuk berlakon walaupun ada yang bersetuju bayaran pelakon veteran perlu lebih tinggi.
RM500 sehari tu banyak abang Azlee, allahyarham Aziz Sattar pernah cakap bayaran ke atas artis veteren zaman sekarang lagi banyak dibanding artis lama.
“Malaysia ni yang muda dan cantik sahaja dipandang. bakat kayu atau suara tak sedap pun tak apa. Pentingnya hanya rupa.
“Saya setuju pelakon lama tak dihargai sedangkan pengalaman mereka berlakon banyak sangat. Kalau berlakon tak perlu banyak kali ulang, tak kaku macam pelakon baru,” antara komen netizen.
Baca juga: “Biasalah budak muda merajuk” – Yusof Haslam tak ambil hati Syamsul tak balik beraya