Malaysia Dateline

Kalau gitu langkah Pas terus bertanding tidak terpujilah, kata Mahfuz

Berikutan tindakan pemimpin Bersatu, Ali Biju menarik diri dari bertanding di DUN Krian, tindakan Pas terus kekalkan calonnya bertanding di Beting Maro, Sarawak  disifatkan sebagai tidak terpuji.

“Langkah Pas rakan Bersatu dalam PN terus kekal bertanding di Dun Benting Maro tak terpuji la,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden AMANAH.

Mahfuz mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang memuji tindakan Ali Biju menarik diri dari bertanding di Dun Krian.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata keputusan Ali untuk tidak mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRN Sarawak lalu demi menghormati hubungan setiakawan yang terjalin antara Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), adalah langkah amat terpuji.

“Bagi saya, pengorbanan dilakukan oleh Ali adalah amat besar ertinya kepada persefahaman yang sudah dicapai di antara saya dan Tan Sri Abang Johari Abang Openg dalam memperkukuh jalinan hubungan kerjasama di antara Bersatu dan GPS di Sarawak.

“Ini termasuk persefahaman bahawa Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Bersatu akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, Mahfuz mengucapkan tahniah kepada Pas kerana dapat kepercayaan GPS untuk terus bertanding bagi membawa agenda politik Islam seperti di Kelantan dan Terangganu ke Serawak.