“Kalau korang nak tahu, waktu inilah Zamani ngorat Siti”, video lama Tokti kembali trending

Oleh KIM SYAZIE

Gosip percintaan dua penyanyi lagenda negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Zamani Slam pernah menggegarkan industri hiburan suatu ketika dahulu.

Telah menjadi sejarah, kisah itu diungkit kembali setelah tularnya satu rakaman lama yang memaparkan kedua penyanyi berkenaan sedang berbual mesra.

Hampir tiga dekad berlalu, video itu sebenarnya dirakamkan pada tahun 1996 sewaktu mereka menyertai Anugerah Juara Lagu ke-11 (AJL11).

Terkunci rapat, kisah cinta mereka mulanya hanya dianggap sebagai gosip sehingga Zamani akhirnya membuka mulut beberapa tahun lalu.

Mengakui menjalin cinta, siapa sangka video yang tular itu sebenarnya merakamkan detik perkenalan di antara Datuk Siti dan Zamani.

Menurut Zamani, beliau saat itu memberanikan diri untuk ‘approach’ atau mendekati Siti bagi mengenali gadis itu dengan lebih rapat.

@eddyrusdi

Rakaman detik jatuh cinta SITI & ZAMANI, namun cinta mereka terhalang. Disinilah pertemuan pertama mereka!

♬ original sound – Eddy Rusdi – Eddy Rusdi

Seribu kali sayang, hubungan itu hanya bertahan selama enam tahun sebelum mereka berdua membawa haluan masing-masing.

Pendedahan itu dibuat Zamani dalam sebuah rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu ‘Teh Tarik Che Ta’.

Namun begitu, pelantun lagu Gerimis Mengundang itu pernah mengakui tidak selesa apabila sering dikaitkan dengan Siti Nurhaliza.

Hal ini kerana Zamani menghormati status penyanyi No. 1 negara itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Baca juga: “Semalam kata dah balik” – Netizen tunjuk bukti Ustaz Wadi masih ada dalam majlis kahwin Janna Nick