‘Kalau panas tidaklah susah nak berteduh nanti’

Oleh ARIF ATAN

Hasil kerja tukang cat rumah yang mengikut sama apa tertera pada gambar diberi kepadanya dilihat mencuit hati orang ramai.

Tindakannya mengecat bayang-bayang pada rumah itu dianggap netizen sebagai menggambarkan betapa ‘jujur’ pekerja terbabit.

“Kalau panas tidaklah susah nak berteduh nanti.

“Dia memudahkan kerja matahari. Semoga urusan dia juga dipermudahkan.

“Dah tuan pesan ikut macam dalam gambar, jadi kami buatlah ikut sebiji dalam gambar,” demikian reaksi bernada seloroh warganet.

Walau bagaimanapun, cat hitam yang menjadi ‘bayang-bayang’ itu sebenarnya masih boleh diperbaiki.

“Tak mengapa, other side kontra warna merah maroon balik, mesti cun,” kata pengguna Facebook, Dhom Ilazmah.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa tukang cat berkenaan mempunyai kebolehan dalam teknik lukisan tiga dimensi (3D).

Dalam masa sama, perkongsian hasil kerja melucukan itu menjadi contoh bagaimana perlunya pemilik rumah memantau dari semasa ke semasa kerja pihak kontraktor.

“Inilah alasan paling tepat kenapa setiap kali house renovation atau construction, saya sebagai pemilik kena pergi juga site memantau satu demi satu malah pelan dah hand over ke kontraktor,” kata seorang warga maya.

Baca juga Selepas 24 tahun, Anwar kembali bertugas di Kementerian Kewangan

Baca juga [VIDEO] Steady abang ni, tak takut mandikan ular tedung