Malaysia Dateline

Kalau peristiwa laut terbelah Nabi Musa dianggap mukjizat-Di Langkawi pun ada juga tapi…

Kalau peristiwa laut terbelah Nabi Musa dianggap mukjizat namun fenomena seperti itu pun ada juga di Langkawi tetapi ketika air laut mula surut.

Para pengunjung boleh melihat fenomena itu setahun sekali, atau sebulan sekali ataupun tiap-tiap hari apabila kena pada waktu air laut surut.

Seorang pengguna Facebook Man Saman Kati merasai pengalaman berjalan kaki dari pantai Cenang ke Pulau Rebak Kecik apabila air surut.

“Kat Tanjung Rhu, kita boleh berjalan kaki membelah lautan tiap-tiap bulan. Kat Pulau Langun, kita boleh tengok laut terbelah tiap-tiap hari.

“Minggu lepas, aku bawak satu group turis dari Singapore dan Phillipines ke Pulau Langun untuk membelah laut.

Kalau peristiwa laut terbelah Nabi Musa dianggap mukjizat-Di Langkawi pun ada juga tapi...

“Kat sini merupakan satu-satunya pantai yang terletak ditengah. Kiri kanan ada air dan orang Langkawi panggil Talam Dua Muka.

“Kita kena tau air pasang surut dan kena sampai ketempat ini masa air baru nak surut.

“Jadi, waktu sampai, kita cuma nampak selat yang memisahkan dua pulau,” katanya.

“Dalam masa satu jam, air akan surut dan pantai akan timbul. Mesti jadi punya. Hopefully, kalau depa promote aku jadi Shaman of Langkawi pun ok dah.

“Semua seronok dapat mandi. Bagi aku, tak payah bayar pengkeras pun takpa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut bercerita berhubung satu jambatan semulajadi yang menghuhungi Sri Lanka dan India yang dikenali sebagai Adam’s Bridge.

Di mana ramai orang Muslim di Sri Lanka percaya Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka dan menyeberang jambatan tersebut untuk mencari Hawa.

“Kat Malaysia pun ramai percaya. Kewujudan jambatan tersebut dianggap satu mukjizat.

“Orang Hindu pula mengatakan jambatan tersebut dibina oleh Rama ketika menyelamatkan isterinya, Sita yang diculik oleh Ravana.

“Nabi Musa juga terkenal kerana membelah Laut Merah ketika lari dari tentera Firaun.

“Aku bukan nak mempertikaikan kepercayaan. Masing-masing boleh percaya apa yang depa nak percaya.

“Kalau peristiwa laut terbelah ini dianggap satu mukjizat, di Langkawi ia lebih dari mukjizat.

Kat Langkawi kita boleh tengok setahun sekali, sebulan sekali…ataupun tiap hari,” katanya.

Baca juga: PRU15: Jangan tambah risiko mangsa banjir, fokus kami selamatkan mangsa ke tempat yang lebih selamat-Bomba

Baca juga: Anak kemas katil, baca buku ibu bapa kena bagi hadiah-Bibit-bibit rasuah sebenarnya bermula dari rumah