Siapa sahaja tidak kenal akan pelakon Zila Bakarin yang selalu tampil dengan imej seksi satu ketika dahulu.
Berubah 360 darjah, Zila akui dirinya kini lebih selesa dengan imej menutup aurat namun tidak pernah menyesali zaman lalunya.
Baginya kisah lampau itulah yang membentuk identiti sekarang lapor Astro Gempak.
“Kalaulah saya tahu nikmatnya begini, saya dah pakai tudung awal-awal dulu. Tetapi… tetapi kita tak boleh menyesal dengan apa yang pernah kita lalui waktu dahulu.
“Bagi saya, mungkin kalau dahulu saya bertudung, sekarang ini hati saya mungkin terdetik ‘eh kan best kalau dapat colour rambut, pakai skirt pendek macam orang tu’.
“Saya pernah lalui zaman itu semua. Saya dah merasa. Jadi bagi saya syukurlah Tuhan masih beri saya peluang untuk terus baiki diri.
“Saya tidak sempurna tapi sekurangnya saya diberi kesempatan untuk itu. Saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya seperti dipetik Gempak.
Pada masa sama dia mendedahkan pernah berasa tidak selamat untuk keluar selepas melihat segala baju dalam almarinya.
Selepas berubah dia mengakui tanpa masa silamnya dia mungkin tidak akan sedar nikmatnya menutup aurat.
“Kalau tak jadi Zila Bakarin yang dulu (iaitu seksi), pakaian awak sendiri pun tahulah. Terdedah sana sini.”
“Tapi kalaulah saya tahu macam ini rasa bila pakai tudung, dari dulu saya pakai tudung. Saya tak pernah menyesal. Tapi saya bersyukur Tuhan jadikan saya Zila Bakarin.
“Dulu sebut je Zila Bakarin, orang mesti dah tahu Zila Bakarin punya dahsyat dalam berpakaian. Tapi sekarang Alhamdulillah saya selesa macam ni,” ujarnya.
Baca juga: “Dengarlah cakap aku jangan buang masa bercinta dengan lelaki buruk”, Anju naik angin dekat siapa?