Zaman sekarang ni kebanyakan memilih curang dengan pelbagai alasan, konon tak cukup perhatian padahal diri sendiri suka cari masalah.
Bila sudah kantoi pun masih cuba nak berdalih, lepas sakit pandai pula setia dengan yang halal, takut ‘kekasih hati’ tak nak jaga.
Seorang wanita kering air mata apabila suaminya kantoi mempunyai wanita lain selepas alami kemalangan.
Di bawah adalah kisah tersebut.
Baru-baru ini suami terlibat dalam kemalangan, perasaan aku sebagai isteri memang betul-betul bersedih dengan nasib dia.
Ini pertama kali sepanjang enam tahun kami berkahwin dia ditimpa musibah sebegini berat tapi masa inilah Tuhan nak tunjuk kisah kecurangan suami.
Nak dijadikan cerita, masa aku temankan dia dekat hospital, dia kena buat ct scan badan dia, dia bagi aku pegang telefon dia.
Dan aku sebagai isteri saja lah tengok apa dalam telefontu. Yelah kami suami isteri memang tahu kata laluan telefon masing masing.
Tuhan Maha segalanya kan, aku nampak dia bermesej dengan seorang perempuan ni. Hancur luluh hati aku sebagai seorang isteri, siap berbaby, bersayang lagi.
Kalau dengan aku ‘hang cek’ ja. Time nak manja pun guna I dengan You ja. Tapi bila baca chatting tu siap berbaby bersayang perasaan aku macam terhenti.
Entah lah memang sakit hati bila kena khianat macam tu. Aku pula dah bagi dia dua anak kot. Seorang perempuan, seorang lelaki. Apa lagi yang dia nak? Tak cukup lagi ke?
Lepas je aku tengok telefon tu, dia tau aku macam marah sebab melalui pandangan mata aku. Aku tanya dia siapa perempuan tu? Dia boleh cakap kawan je.
Kawan? Berbaby bersayang? Wowww sangat wow sekali. Tu je dia boleh cakap?
Lepas tu dia cakap perempuan tu kemalangan, tu yang dia layan berbaby bersayang. Alasan diberikan macam tak logik. Lepastu gelabah takut aku minta cerai.
Aku tanya lah, nak ke? Pastu dia jawab tak nak. Tapi aku rasa dia takut sebab member tengah sakit kot. Yelah nanti tak ada orang nak jaga pula kan.
Ntah lah lepas je tau apa dia buat belakang aku, aku rasa bodoh sangat sebab percayakan dia 100 peratus.
Betul lah orang cakap jangan letakkan kepercayaan 100 peratus dekat pasangan. Kena ada curiga sikit.
Nanti macam aku lah bila dapat tangkap suami sendiri kantoi bermesej dengan perempuan lain rasa sakit tu sampai kau tak mampu nak menangis.
Dari aku tahu dia kantoi tu sampai sekarang tak ada lagi air mata keluar dan belum ada drama lagi lah. Mungkin sebab member tengah sakit.
Aku selalu berdoa “Ya Allah jagakan lah suami ku dan sekiranya dia membuat sesuatu yang buruk di belakang ku, Kau tunjukkanlah” mungkin asbab doa ni kot.
Sekarang otak aku tengah jam nak buat apa. Bagi peluang ke apa. Tengok lah lepas member sihat apa jadi.