“Kalau tak cukup duit, aku guna duit sendiri, rupanya suami ada simpanan, siap bagi berbelas ribu dekat adik dia”

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah kalau kedua-dua pasangan bekerja, mana yang tak cukup suami atau isteri boleh tambah kepada belanja bulanan.

Tapi janganlah disebabkan pasangan tak pernah mengeluh, kita dengan selamba gunakan duit di tempat lain.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di mengenai suaminya yang selamba memberi pinjaman kepada adik beradik sampai berbelas ribu.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Kisah dia begini suami bagi belanja RM1.5k sebulan, semua belanja atas tu la bil, belanja anak sekolah empat orang, minyak motor, kereta dan barang kering serta barang basah.

Saya cuba senaraikan, komitmen bulanan saya adalah sebanyak RM3k. Ok tu tak apalah saya boleh support memandangkan saya memang ada juga buat kerja sampingan.

Apa yang menyakitkan hati saya ni adalah suami tanpa berbincang dengan saya bagi pinjam duit dekat adiknya berbelas ribu.

Sedangkan selama ini saya sudah berkorban keluarkan duit saya sampai tak boleh buat simpanan pun. Saya diamkan walaupun tak cukup, tanpa minta duit dengan dia.

Tapi dia diam-diam simpan duit dan tak teragak bagi pinjam dekat adik dia. Apakah wajar selepas ni saya dah tak nak ambil duit gaji yang dia bagi tu.

Biarlah dia urus sendiri hal-hal rumah dan duit saya, saya akan simpan.

Ingatlah wahai suami adik-beradik ni walaupun darah daging tapi dia tak ada pun masa kamu susah sedangkan isterilah yang bergolok bergadai.

Baca juga: “Duit suami habis dekat biras, aku pula yang kena keluar simpanan tanggung keluarga”