Kalau terus dilayan tak jadi kerja kita, kata Hishammuddin

Kalau terus dilayan tak jadi kerja kita, kata Hishammuddin

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan melayan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan Anina Saadudin yang memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM2.6 bilion kerana mendakwa Datuk Seri Mohd Najib Razak menyalahguna kuasa.

“Yang paling baik adalah terus melihat ke hadapan. Kalau terus dilayan, tak jadi kerja kita.

“Yang penting kita sediakan perancangan dan telus dengan rakyat. Akhirnya rakyat boleh nilai sendiri siapa yang betul-betul ikhlas (bantu takyat) dan apa tujuan pihak tertentu mencari hal dengan kita,” katanya.

Hishammuddin ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, semalam.

Pada Rabu Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri kemungkiran kewajipan fidusiari dan salahlaku tort misfeasance dalam penjawat awam.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan firma Tetuan Haniff Khairi, tindakan ini diambil lanjutan amalan korups dalam pengambilan langkah-langkah aktif dan sengaja dengan niat jahat dan mala fide untuk menghalang,mencampuri dan menindas, menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri yang telah dikelolakan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan berkanun .berhubungan dengan skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

TAGS