Siapa sahaja tidak mengenali usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dikenali Kak KM yang sering tampil dengan baju ketat.
Tidak kisah dikritik soal pemakaian, anak perempuannya Nabila turut menggayakan baju sama sepertinya.
Menerusi satu temu bual bersama mStar, Nabila atau Bella tidak hirau akan kecaman yang diterimanya.
Bagaimanapun dia mengaku sering ditegur ibu dan ayahnya jika pemakaian dilihat terlalu berlebihan.
“Mama atau papa akan tegur kalau lihat baju tu macam berlebihan, Bella selalunya akan tukar tapi ada masa lawan juga,” ujarnya dalam temu bual tersebut.
Tambahnya dia sendiri tak melihat baju yang dipilih itu seksi, malah dilihat sama sahaja dengan orang lain yang memakainya.
“Tak adalah seksi sangat, saya pakai sama sahaja dengan orang lain. Kalau pakai baju kurung atau kebaya sekalipun, tetap nampak biasa mungkin muka kot yang seksi,” tambahnya.
Bila disoal mengenai kecaman diterima, Bella mengakui tidak membaca komen kerana menganggap mulut orang tak boleh ditutup.
“Dulu masa sekolah rendah mestilah baca tapi mama (kak KM) halang jadi saya berhenti. Tapi kalau buat live, nampak je orang kutuk tapi abaikan.
“Ala komen kan memang untuk orang bercakap, siapa kita nak tutup mulut mereka,” ujarnya lagi.