Kalau Umno bagi duit, kita akan pulangkan kembali, kata Dr Zuhdi

Kalau duit itu dari Umno kita akan pulangkan kembali.

Pas memberi jaminan, tidak ada derma dari Umno atau pejabat Umno kepada parti itu sebagaimana didakwa.

“Tiada derma dari Umno. Kalau Umno bagi kita pulangkan. Kalau pejabat Umno bagi kita akan pulangkan,” kata Dr Zuhdi Marzuki, AJK Pas Pusat dalam video yang diviralkan itu.

Zuhdi dipercayai memberikan penjelasan ekoran pengakuan beliau dalam Wacana Sinar Harian sebelum ini bahawa Pas menerima wang RM2.5 juta sebagaimana didakwa tetapi ia wang derma.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas menerima RM1.5 juta yang masuk ke dalam akaunnya di peringkat pusat dan RM1.0 juta melalui akaun bersama pemimpinnya di Terengganu.

Menurut Zuhdi, Pas memang menerima banyak derma dari ahli dan penyokongnya tetapi bukan dari pihak berkepentingan termasuk Umno dan Pakatan Harapan (PH)

“Kalau PH bagi duit pun kita akan pulang balik kerana mereka orang berkepentingan.

“Tetapi kalau orang awam bagi, orang biasa bagi tak kan kita nak pulang balik,” kata Zuhdi.

Menurut Zuhdi, pemimpin Pas memang berjumpa dengan beberapa orang yang simpati dengan Pas tetapi bukan Umno yang memang mahu tolong Pas.

“Apa masalahnya kita dapat dana awam… kita akan bagi balik kepada rakyat jika menang nanti,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menafikan dakwaan Pas menerima duit dari Umno itu kerana ia tidak lojik kerana Pas akan melawan Umno dalam pilihan raya nanti.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Umno memang lojik memberikan duit kepada Pas bagi membolehkan Pas bertanding banyak kerusi untuk menolong Umno memenangi kerusi itu.

“Walaupun Pas tak berpeluang di sesuatu kerusi, dia bertanding juga untuk memecahkan undi pembangkang dan Umno akan menang,” kata Husam.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS