“Dulu kawan saya happy je. Jual produk orang, ada sales, positive cash flow, kos overhead kurang, tak perlu bayar sewa. Bila dia buka kedai dia jadi stress. Buat produk sendiri pula tu. Mana nak pusing modal lagi. Nak bayar elektrik, internet, sewa kedai, gaji staf, kos marketing dan sebagainya”.
Itu antara perkongsian seorang ahli perniagaan berjaya yang dikenali sebagai Azri Walter, yang menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terburu-buru dengan keinginan menjadi ‘founder’ sehingga membebankan diri sendiri.
Azri Walter sehingga kini mempunyai lebih 20 kedai gunting rambut dan perjalanan kariernya bermula dari seorang penjual minyak rambut di jalanan. Dia bermula dengan jualan Walter Pomade dan kemudian berkembang seiring dengan pembukaan kedai gunting rambutnya sendiri.
Azri atau nama penuhnya Azri Alwan Nordin berkata, dalam dunia keusahawanan, seseorang itu tidak sepatutnya mengikut apa yang dilakukan orang lain kerana lain orang lain kemampuannya.
Malah, dia juga menekankan bahawa berniaga bukan untuk popular, tetapi untuk untung. Kami kongsikancoretan penuh anak muda ini seperti yang dikongsikan di Facebook.
Pagi tadi saya minum kopi dengan seorang kenalan. Dia ni berniaga juga. Mula-mula dulu dia jadi ejen jual produk orang. Waktu tu memang dia make money. Kemudian, dia tengok orang buka kedai, dia pun buka juga.
Dia nak bina jenama juga, dia nak jadi emmm Pounderrrr. Cuma..
Dulu dia happy je. Jual produk orang, ada sales, positive cash flow, kos overhead kurang, tak perlu bayar sewa. Bila dia buka kedai dia jadi stress. Buat produk sendiri pula tu. Mana nak pusing modal lagi. Nak bayar elektrik, internet, sewa kedai, gaji staf, kos marketing dan sebagainya.
Perkara seperti ini biasa berlaku dalam dunia keusahawanan. Biasalah tu, proses pembelajaran. Buat menyesal, tak buat pun menyesal ha ha ha.
Sebenarnya macam ni:
1. Kalau margin keuntungan kecil, usahlah memandai-mandai nak buka kedai bagai. Rileks lah dulu. Maksimumkan apa yang ada. Guna je rumah dulu, penuhkan rumah anda dulu. Kalau dah penuh tak boleh tampung, rileks lagi. Buat kira-kira dulu, bertahan 3 4 bulan dulu tengok keadaan. Usah gopoh.
2. Orang kita ni, kalau boleh semua nak jadi founder. Sebab nak rasa ‘ownership’. Jadi distributor pun ok. Boleh jadi owner syarikat distibutor. Silap haribulan lagi kaya. Kepala pun tak pening. Berniaga ni sebenarnya bukan untuk femes, kita nak untung. Kalau tak femes, tapi untung ok lah tu.
3. Usahlah ikut orang. Kita pun tak tahu, entah orang lain tu meniaga guna duit pencen family dia. Mungkin dia anak bangsawan, mungkin dia dapat geran dari kerajaan. Kita ikut kemampuan diri kita dan buat apa yang kita happy kan lebih bagus.
Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
Apa pun berlaku ingat gais. Sekali tak jadi bukanlah bermaksud hidup anda sudah tamat. Rileks lah. Tukarkan tanggapan “aku gagal” kepada “aku sedang belajar”. Tak apa terciduk, bangkit dan buat semula, insyaAllah mesti strike nanti.
Kenapa saya suka berniaga? Sebab saya suka segala sepak terajang dunia bisnes. Di kala orang lain down ketika gagal, saya rasa stim setiap kali gagal. Best boleh belajar benda baru, mental jadi semakin kuat.
Inilah falsafah saya dalam dunia berniaga. Buatlah apa yang anda suka. Pilih happy. InsyaAllah duit datang kemudian.
Kalau buat bisnes sampai tak boleh tidur malam, tak lalu nak makan, down memanjang kan seksa namanya tu? Terlalu banyak kegembiraan di muka bumi ini, kenapa pilih untuk menangis?
Apa kata anda?
Baca juga: “Kepada rider yang perkecil usaha mogok kami, tak apa terima kasih”, rider luah kekecewaan
Baca juga: Pelanggan sempat rakam pekerja diam-diam isi air paip dalam air balang