Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kaligrafi Cina pupuk perpaduan: Facebook YB Lembah Pantai kena ‘serang’

Kaligrafi Cina pupuk perpaduan: Facebook YB Lembah Pantai kena ‘serang’

ARIF ATANJanuary 5, 2020 6:57 pm




Tidak kena pada masanya, laman Facebook (FB) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilihat menerima serangan warga maya apabila berkongsikan program berkaitan kaligrafi Cina di kawasannya.

Pada ketika 1,118 sekolah Cina dan pertubuhan Cina membantah keras pengajaran Jawi diikuti peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, klip berita Buletin TV3 bertajuk “Pupuk semangat perpaduan” yang dikongsi dalam FB Fahmi dilihat mengundang kemarahan orang ramai.

Terdapat lebih 2,200 komentar dengan rata-ratanya berbentuk kecaman hanya dalam tempoh 20 jam dimuatnaik.

“Seni kaligrafi Cina bukan hanya dihayati kaum Tionghua namun tetapi masyarakat berbilang kaum yang lain.

“Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan didukungi Ombak Kitchen, bertujuan untuk memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum tanpa mengira fahaman politik dan agama,” dipetik dari hantaran yang kemudiannya mengundang kecaman orang ramai itu.

Turut mendapat 784 perkongsian sepanjang tempoh 20 jam itu, netizen mempersoalkan apa pendirian Fahmi ketika Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang kedua-duanya digabungkan menjadi Dong Jiao Zong membantah pengajaran Jawi sebanyak tiga muka surat.

Rata-rata menolak dakwaan kononnya kaligrafi Cina sebagai alat perpaduan rakyat Malaysia pada ketika pengajaran tulisan jawi dianggap memupuk semangat perkauman.

“Tulisan kaligrafi YB agung-agungkan. Kononnya untuk memupuk semangat perpaduan. Saya mengutuk sekerasnya sikap YB.

“Di mana bahayanya tulisan jawi itu, YB sehingga diperlakukan sedemikian rupa dan sanggup dipolitikkan,” tulis Rozairol Azwan.

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat bahawa Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR perlu mengetengahkan seni khat Jawi bagi ‘memujuk’ hati masyarakat Melayu yang ramai terluka gara-gara bantahan keras Dong Jiao Zong.

“Saudaraku perlu fahami orang Melayu sangat cintakan negaranya dan budayanya. Masa ini memang tidak tepat untuk promosi kaligrafi cina.

“YB perlu berjuang pula untuk promosi khat jawi supaya orang Melayu sentiasa bersama saudara,” saran Mohd Munir Md Ramli.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production