‘Kami mohon jutaan maaf,’ kata Neelofar Hijab

‘Kami mohon jutaan maaf,’ kata Neelofar Hijab

NH Prima International Sdn Bhd hari ini mengeluarkan kenyataan permohonan maaf syarikat itu terhadap majlis pelancaran Neelofar Hijab yang diaadakan di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Pengara Urusannya Noor Nabila Mohd Noor dalam kenyataan berkata pihaknya telah memastikan majlis berjalan lancar dengan mengambil pendekatan berjaga-jaga agar menepati prinsip agama Islam.

“Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini.

“Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

“Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis.

“Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkakas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pihak pengurusan katanya, telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum.

Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.

“Kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

“Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

“Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,’ ujarnya kenyataan tersebut.

Usahawana dan pengacara Neelofa dalam satu kenyataan semalam dipetik berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)