Malaysia Dateline

Kami Prihatin UiTM Pulau Pinang redah kampung bantu asnaf

Inisiatif yang diambil oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang seharusnya menjadi teladan kepada lain-lain institusi pengajian tinggi yang ada dalam negara ini. 

Mereka bukan sahaja menjadikan amalan menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah setiap kali hadirnya Ramadan di kampus, tetapi lebih menarik apabila mereka sanggup turun ke padang meredah kampung bagi mendekati masyarakat yang memerlukan sekitar kawasan terlibat.

Terkini mereka menyampaikan sumbangan berupakan barang keperluan harian dan dapur, wang tunai serta kit Covid-19 kepada 250 penerima B40, asnaf, ibu tunggal, staf, pelajar dan masyarakat sekeliling.

Lebih memberi erti apabila golongan yang disasarkan untuk menerima bantuan tersebut adalah staf kontrak pembersihan dan landskap, warga emas sekitar kampus di Permatang Pauh, staf UiTM yang bersara dan B40, pelajar Pra Pengajian Tinggi B40 dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang yang tergolong dalam kumpulan B40.

Apa yang lebih menarik dalam kelainan sumbangan Ramadan tahun ini ialah pemberian kit Covid-19 bersama penerangan mengenai langkah pencegahan penularan Covid-19, prosedur kesihatan serta amalan norma baharu sebagai perkongsian kepada penerimaan.

Ia telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Professor Madya, ChM Dr Nor Aziyah Bakhari.

Kunjungan ke rumah penduduk di sekitar UiTM untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan B40