Kampung Baru – terkenang selamanya

Apabila tercetus idea Menteri Wilayah, Ir. Khalid Samad untuk membangun semula Kampung Baru, maka saya terkenang masa lalu.

Ini kerana saya pernah tinggal di sana beberapa tahun dan mempunyai pelbagai kenangan.

Kampung Baru dan Datuk Keramat terkenal sebagai kampung Melayu kembar, kerana ia begitu berdekatan.

Kampung Baru mempunyai sejarahnya tersendiri dan saya terkenang selammanya.

Di Kampun Baru ada Pasar Minggunya yang terkenal. Pelbagai juadah makanan dan lain-lain.

Untuk masuk ke Kampung Baru ada pintu gerbang dan nampak rumah pangsa dan pelbagai rumah kediaman di sekitar Jalan Raja Uda, Jalan Hamzah, Jalan Watsan dan lain-lain.

Saya sering bersolat Jumaat di Masjid Kampung Baru itu dan kenal imam dan bilalnya dan jawatankuasa masjid. Orang luar sering bersolat di sana.

Kedudukannya adalah di bawah Wilayah Persekutuan. Sebab itu Menteri Wilayah Persekutuan bersungguh-sungguh hendak membangunkan semula kawasan itu.

Selama tinggal di situ sebelum pindah ke Subang Jaya, ramai sahabat yang saya kenal, tetapi kini ada yang sudah meninggal dunia dan berpindah ke kempat lain.

Di sanalah saya mulai mengenal politik secara meluas dan bergaul dengan sesetengah orang politik.

Di depan Kampung Baru terletak Stadium TPCA dan kediaman Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang sangat terkenal di zamannya.

Menteri Wilayah itu memulangkan kepada budibicara pendukung Kampung Baru sama ada menerima gagasannya atau menolak. Khabarnya ramai yang bersetuju jika sesuai dengan harga dan tawaran yang dikemukakan.

Sesungguhnya, Kampung Baru adalah sebahagian dari sejarah Kuala Lumpur, malah sejarah Malayisia juga. Ia mempunyai nilai tersendiri dan menjadi ingatan pelbagai pihak.

Kini pintu gerbang ke kawasan Kampung Baru dihiasi lampu neong bergemarlapan di malam hari. Menandakan masuknya ke kawasasan Kampung Baru, atau melalui jalan depan masjid.

Sepanjang deretan jalan itu begitu banyak gerai makan, sebut saja, semuanya ada.

Jalan itu, iaitu menuju ke pasar Chow Kit, antara pasar paling sibuk di tanah air, hingga kini.

Di sebelah jalan ada dewan yang dipanggil Dewan Sultan Sulaiman, di sana bergema rhetoric politik dari pelbagai pihak. Itulah keadaannya. Tetapi kini saya sudah lama tidak datang ke situ.

Namun Kampung Baru sangat uniq kedudukannya.Ia seperti symbol keadaan dan kedudukan orang Melayu di pusat bandar Kuala Lmmpur.

Sebab itu, ada hujah kuat Menteri Wilayah henak membangunkan dan memberi wajah baru kepada kawasan itu.

Kita yakin hasrat menteri itu, walapun rumit dan memakan masa, Insya-Allah akan berjaya.