Malaysia Dateline

Kampung termundur di KL bakal dibangunkan

Kementerian Wilayah Persekutuan mengesahkan akan terus mengekalkan Kampung Warisan sebagai sebuah kampung terakhir di dalam wilayah Kuala Lumpur

Terletak di Parlimen Wangsa Maju, Kampung Warisan menggabungkan sembilan buah kampung terdiri dari perkampungan lama komuniti Melayu dan Cina dan dianggap kawasan paling mundur di ibu kota.

Dalam perutusan yang disampaikan melalui wakil kementerian, Ir Hayatul Kamil yang juga Ketua AMANAH Bandar Tun Razak dijemput berucap oleh persatuan penduduk dalam majlis makan malam yang dianjurkan NGO Pertubuhan Muafakat Perpaduan (PADU)

Hadir bersama dalam majlis makan malam tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hj Hanipa Maidin, Timbalan Menteri Usahawan, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Tan Yee Kew dan juga Datuk Nadzim Johan dari PPIM.

NGO Perpaduan diwakili oleh pengasas akhbar Harakah, veteren politik, Cikgu Ishak Surin.

Dalam majlis tersebut, Ir Hayatul Hayat turut menyampaikan watikah perlantikan ketua kampung kepada semua sembilan ketua kampung yang dilantik terdiri dari Kg Sg Mulia, Kg Padang Balang, Kg Puah, Kg Sg Merali, Kg Chubafak Tambahan, Kg Puah Lebah, Kg Puah Seberang dan Kg Bandar Dalam.