Malaysia Dateline

Kanak-kanak 10 tahun raih pujian, pandai simpan duit RM5 sehari untuk belikan ibu cincin emas

Seorang kanak-kanak perempuan di Thailand mendapat perhatian ramai selepas membelikan sebentuk cincin emas berharga 4,000 baht iaitu sekitar RM512 sempena hari lahir ibunya.

Pekerja kedai emas tersebut memuatnaik video menyentuh hati tentang kanak-kanak berusia 10 tahun itu di media sosial yang kemudian meraih pujian ramai.

Dalam video berkenaan, kanak-kanak berkenaan dilihat datang dengan seorang lagi rakannya yang masing-masing mengenakan pakaian sekolah.

Kanak-kanak itu berkata, dia berhasrat membeli cincin emas tersebut kerana ibunya sentiasa mengadakan sambutan hari lahir untuk orang lain, namun tidak pernah menyambut hari lahirnya sendiri.

“Saya mahu berikan ibu hadiah kerana selama ini ibu sentiasa memberikan hadiah kepada saya.” kata kanak-kanak itu.

@zumo4422

เชื่อว่าของขวัญวันเกิดชิ้นนี้คุณแม่ต้องภูมิใจในความตั้งใจในตัวน้อง ขออนุญาตแชร์ความน่าประทับใจแบบนี้ลง Tiktok ค่ะ 😍❤️ #เก็บเงินซื้อทองให้แม่ #ห้างทองพุทธศิลป์ช่างทองเสริมไทยคอมเพล็กซ์ #ทองแท้เยาวราช #เด็กกตัญญู #fyp #อย่าปิดกั้นการมองเห็น

♬ เสียงต้นฉบับ – แตงโม คนรักควาย🐃 – แตงโม คนรักควาย🐃

Sementara itu lapor laman Thaiger, pekerja kedai emas itu turut memberitahu bahawa kanak-kanak ini cuma membawa 4,000 baht (RM513).

Susulan itu, pekerja berkenaan mencadangkan supaya kanak-kanak itu membeli cincin emas yang berharga 4,300 baht (RM557.98).

Pekerja tersebut kemudiannya memberikan potongan harga sebanyak 300 baht.

Menurut kanak-kanak tersebut, ibunya memberi wang saku sebanyak 60 baht sehari iaitu sekitar RM7.70.

Bagaimanapun dia menyimpan separuh dari wang itu antara RM4 hingga RM5 sehari untuk membelikan cincin emas buat ibunya.

Baca juga: 8 biji kek untuk sambutan hari lahir kelapan, netizen tertanya-tanya hantaran Aaisyah nanti berapa

Baca juga: Terserempak anak muda bermotor spontan tawar diri nak ikut berkempen dengan calon PH Alor Gajah