Malang tak berbau, siapa menyangka kegembiraan bermain skuter di kawasan kediaman sendiri berakhir tragedi.
Kanak-kanak berusia tiga tahun ini dikatakan dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda di Johor Bahru lapor Harian Metro.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tular satu rakaman berdurasi 21 saat memampar kanak-kanak berkenaan bermain skuter dan berhenti di persimpangan.
Kemuadian terlihat sebuah pacuan empat roda berwarna hitam merempuh kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata warganet mengharapkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak yang bermain di luar dan supaya pemandu sentiasa berjaga-jaga dengan kawasan sekeliling.
“Semoga tabah ibunyaa. Hilang anak sekelip mata. Allahuakbar. Suami aku paling berjaga-jaga kalau anak main dekat luar,” komen Scha.
“Berhati-hati bila memandu di taman perumahan,kanak-kanak perlu pengawasan penjaga bila bermain di luar rumah, semoga dipermudahkan segala urusan, tambah Masley Masliee.
“Macam rumah ecoworld patutlah ibu bapa boleh bagi ank main skuter macam itu, sebab jalan kawasan itu biasanya lengang dan kereta masuk selalu bawa perlahatan,” ujar Mynn Minz.
“Tengok video ini, menyirap (rasa marah) dekat kawasan rumah bawa laju,” kata Azman.
Ini bukanlah kes pertama kanak-kanak meninggal ketika bermain di jalanan, di harapkan ibu bapa lebih mengawasi dan para pemandu bawalah mengikut kelajuan yang dibenarkan.