Kanak-kanak mangsa rabies Ke-21 meninggal dunia di Sarawak 

Kanak-kanak mangsa rabies Ke-21 meninggal dunia di Sarawak 
Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen Kuching disahkan meninggal dunia akibat rabies encephalitis.
Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak,Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Kuching hari ini berkata, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia pada 2 November lalu dan merupakan mangsa ke-21 daripada 22 kes yang diisytihar sejak 1 Julai 2017.
Katanya, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan sejak 13 Oktober apabila mengadu sakit tekak dan mengalami demam serta berkelakuan luar biasa pada 15 Oktober.
“Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan(15 Oktober) sebelum  mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pada 18 Oktober kerana keadaannya bertambah teruk.
“Seterusnya mangsa dirawat sebagai pesakit luar dengan diagnosa Upper Respiratory Tract Infection (URTI) sementara 21 Oktober dibawa ke HUS kerana keadaannya semakin lemah sebelum disahkan meninggal dunia.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada 2 November dan sampel ujian rabies yang telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah disahkan positif pada 6 November,” jelasnya.
Tambah Datuk Dr Noor Hisham, beliau difahamkan, keluarga mangsa mempunyai dua ekor anjing peliharaan di rumah dan kedua-duanya tidak pernah mendapat vaksinasi.
“Tetapi mangsa tidak pernah mengadu digigit anjing atau haiwan lain dan buat masa ini kedua-dua anjing itu masih hidup,” katanya lagi.