Kantoi ada kedai tawar servis tukar tayar untuk masuk PUSPAKOM, netizen ‘korek’ gambar tahun 2020

Oleh MALAYSIADATELINE

Semakin banyak kemalangan membabitkan lori dengan kenderaan lain hingga meragut nyawa mereka yang tak bersalah.

Kebanyakan lori dilihat tidak mengikut spefikasi tayar yang ditetapkan hingga berlaku kemalangan disebabkan tayar tercabut.

Seorang pegguna media sosial, @thefaizzainal memuat naik tangkap layar satu kedai yang menawarkan khidmat sewa tayar untuk masuk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Sewa tayar untuk masuk PUSPAKOM, terima kasih sebab memilih kedai kami,” ujar kedai tersebut dalam hantaran yang dimuat naik pada Ogos 2020.

Disebabkan gambar tersebut tular semula maka ramai netizen mula memaki hamun kedai tersebut yang selamba menawarkan khidmat yang mungkin boleh meragut nyawa.

“Tahukah anda terdapat 5,000 kematian pengguna jalan raya melibatkan 825 buah lori hanya dalam 10 bulan pertama dalam tahun 2024.

“Kalau macam ni tak guna buat pemeriksaan setiap 6 bulan. Perlu ada mekanisme untuk atasi perkara ini. Mereka di luar bijak pihak berkuasa pun perlu bijak. Kalau perlu blacklist individu dan syarikat yang terlibat.

“Gila betul sampai tahap buat sewa tayar untuk masuk PUSPAKOM. Sampai sekarang aku sangat takut bawa kereta atau motor dekat dengan lori. Kalau boleh, cuba mengelak jauh.

“Benda ni dah lama. Nasib baik brake tak boleh pinjam. Kalau tak, brake pun dia nak sewa. Nak salahkan kementerian pun susah. Sebab kedai tayar yang buat ni buat senyap-senyap je. Tak ada la publish macam kedai tu,” antara komen netizen.

Baca juga: Ansuran tertunggak 20 bulan, wanita bertindak bakar motosikal sendiri sebelum kena tarik