Kantoi guru wanita ‘grooming’ pelajar sekolah, KPM ambil tindakan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai keluarga seorang pelajar lelaki yang tampil membongkar kes salah laku guru di sekolah adiknya.

Guru matematik tambahan itu didakwa bercinta dengan adiknya yang ketika itu berusia 16 tahun.

Lebih menjijikkan, guru tersebut sudah mempunyai suami dan anak tapi masih mahu bercinta dengan pelajar sekolah.

Isu tersebut mendapat perhatian ramai apabila tular video mereka duduk berdua di persisiran pantai.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan tindakan akan diambil mengikut garis panduan sedia ada melibatkan kes salah laku seksual antara guru dan murid.

KPM berkata, pihaknya begitu memandang serius kes salah laku seksual itu seperti dilaporkan media hari ini.

“KPM juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KPM berkata, semua pihak diseru untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” katanya.

Baca juga: Siti Nurhaliza cari ‘serious buyer’ yang mahu beli Mercedes A45 miliknya, tapi lain pula jadi perhatian netizen