Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kanun AMANAH gesa Peguam Negara juga semak semula tahanan SOSMA

Kanun AMANAH gesa Peguam Negara juga semak semula tahanan SOSMA

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 22, 2020 11:49 am




Biro Undang-undang Parti AMANAH atau KANUN menggesa Peguam Negara juga menyemak semula kedudukan tahanan lain yang masih ditahan di bawah SOSMA tanpa mengira agama dan bangsa mereka selaras dengan konsep ‘servant of justice’ yang dipegang oleh Peguam Negara.

Pengerusi KANUN Dr Zulqarnain Lukman berkata, ini kerana prinsip ‘servant of justice’ (hamba kepada keadilan) yang dipegang oleh Peguam Negara menjadi asas perberhentian pendakwaan terhadap LTTE disebabkan Peguam Negara menganggap LTTE bukanlah satu pertubuhan pengganas meskipun telah diwartakan sebagai pertubuhan pengganas menerusi warta Kementerian Dalam Negeri pada 12 November 2014 (PU(A) 301).

Tindakan Peguam Negara ini katanya, telah menimbulkan polemik masyarakat kerana masyarakat akan tertanya-tanya sama ada tindakan Peguam Negara yang sebelum ini telah memilih untuk membuat pertuduhan ke atas mereka adalah satu tindakan yang telah dibuat secara objektif atau pun tindakan itu dipengaruhi oleh unsur-unsur lain terutamanya kes-kes ini telah melalui pelbagai peringkat kes di Mahkamah.

“Rakyat juga memerlukan penjelasan sama ada Peguam Negara telah melangkaui bidangkuasanya dengan membuat keputusan dasar yang sepatutnya berada dalam bidangkuasa Kementerian Dalam Negeri. Peguam Negara perlu memberikan penjelasan mengenai hal ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak KANUN juga memahami sentimen awam yang cuba mengaitkan isu perkauman dalam tindakan Peguam Negara ini dengan membandingkan dengan kes Siti Noor Aisyah Atam yang pernah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun kerana memiliki 12 buah buku berkaitan militan IS.

Kes ini telah diputuskan pada tahun 2017 iaitu ketika Malaysia masih di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Pada ketika itu, AMANAH sendiri telah terlibat membantah penggunaan SOSMA dan ketidakadilan ke atas Siti Noor Aisyah.

Justeru, beliau berharap Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri dapat mengkaji semula peruntukan SOSMA berkaitan penahanan tanpa bicara dengan meminda peruntukan yang menindas dan memperkemaskan SOP (Standard Operating Procedures) berkaitan penahanan tanpa bicara ini.

KANUN berharap agar orang ramai tidak menggunakan isu LTTE ini untuk menyemarakkan lagi isu perkauman dan rasisme sehinggakan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

KANUN juga berharap supaya warta mengenai pertubuhan pengganas ini juga dapat disemak oleh Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri supaya prinsip keadilan dapat ditegakkan dan supaya kedudukan pertubuhan lain yang disenaraikan seperti kumpulan Islamic State, Al Qaeda, Boko Haram, Abu Sayyaf, Darul Islam Malaysia dan lain-lain dapat ditentusahkan sebagai pertubuhan pengganas.

Ramai pihak yang terkejut dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang memutuskan untuk memberhentikan prosiding pendakwaan ke atas beberapa orang tertuduh yang berkaitan dengan kes LTTE.

“KANUN memahami bahawa Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas mana-mana orang selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production