Kanun bertegas pamer wajah tokoh dan simbol parti sekutu bukan kesalahan pilihan raya

Kanun bertegas pamer wajah tokoh dan simbol parti sekutu bukan kesalahan pilihan raya

Biro undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) kesal tindakan SPR yang menurunkan gambar-gambar pimpinan dan simbol parti rakan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan parti yang bertanding adalah Amanah.

Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata tindakan SPR itu tidak mempunyai asas perundangan malah ianya bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (“AKP”).

“Seksyen 24B AKP menggariskan bahawa setiap calon atau ejen pilihanrayanya berhak membuat apa-apa bahan kempen yang difikirkannya sesuai selepas beliau membayar deposit bahan kempen.

“Ini bermakna, jika calon berkenaan berfikir bahawa dengan mempamerkan wajah atau logo parti lain yang membentuk Pakatan Harapan akan boleh menarik sokongan pengundi maka ianya adalah tidak bertentangan dengan undang-undang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di portal rasmi Amanah.

. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius aduan daripada petugas AMANAH bahawa SPR telah membuang “billboard” yang mengandungi gambar-gambar pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan parti yang bertanding adalah Parti Amanah Negara dan bukan Keadilan atau DAP. KANUN menegaskan bahawa tindakan SPR itu tidak mempunyai asas perundangan malah ianya bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (“AKP”).

Menurut beliau, satu-satunya sekatan yang boleh diambil terhadap bahan kempen berkenaan adalah bahawa jika bahan kempen itu mengandungi unsur-unsur mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepertimana yang disebut dalam seksyen 4A AKP.

“Maka mempamerkan wajah pimpinan atau logo parti dalam Pakatan Harapan bukanlah menjadi kesalahan di bawah seksyen tersebut,” katanya.

Beliau seterusnya memohon mana-mana petugas dan jentera parti yang berhadapan dengan isu ini supaya mengambil nama, nombor kad pengenalan dan alamat petugas SPR yang bertindak menurunkan bahan kempen berkenaan supaya satu laporan polis dapat dibuat ke atasnya keranan tindakan itu jelas bertentangan dengan undang-undang.

“Laporan polis yang dibuat adalah di bawah Seksyen 4 AKP yang boleh membawa kepada hukuman 2 tahun penjara atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Wan Anwar berharap SPR atau mana-mana penjawat awam yang bertugas di Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsasr supaya tidak menjadi alat kepada Barisan Nasional untuk menjejaskan kempen calon Pakatan Harapan.

2. Seksyen 24B AKP menggariskan bahawa setiap calon atau ejen pilihanrayanya berhak membuat apa-apa bahan kempen yang difikirkannya sesuai selepas beliau membayar deposit bahan kempen. Ini bermakna, jika calon berkenaan berfikir bahawa dengan mempamerkan wajah atau logo parti lain yang membentuk Pakatan Harapan akan boleh menarik sokongan pengundi maka ianya adalah tidak bertentangan dengan undang-undang tersebut.

“Sesuatu pilihanraya hendaklah dibuat dengan bebas dan adil untuk memberikan calon yang bertanding peluang yang terbuka dan sama rata,” ujarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)