Kanun ucap tahniah MP Temerloh tarik balik kenyataan

Kanun ucap tahniah MP Temerloh tarik balik kenyataan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Biro undang-undang parti Amanah negara (Kanun) mengucapkan tahniah keatas ahli parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Tantawi  yang akhirnya menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini.

“Bagi Kanun, sikap mengaku kesilapan bila didedahkan dengan kebenaran sebenar adalah satu sikap terpuji walau dilakukan  oleh mana-mana pihak sekalipun,” kata pengerusi biro, Hanipa Maidin dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun beliau berpendapat sepatutnya al-Bayyinah (keterangan bukti) dikemukakan oleh pihak yang menuduh bukan pihak yang kena tuduh.

Di mahkamah hari ini Nasrudin menarik balik tuduhan tanpa asas beliau ke atas Lim Guan Eng dan beliau diperintahkan membayar kos RM10 ribu.

Dalam kenyataan sama Hanipa turut mengucapkan taniah kepada Lim Guan Eng.

“Kanun mengucapkan tahniah kepada Saudara Lim Guan Eng kerana dapat menebus balik namanya yang dikotori oleh satu tuduhan yang tidak berasas,”katanya.

Nasrudin yang diwakili peguamnya Wan Rohimi Wan Daud memaklumkan kepada mahkamah untuk menarik balik kenyataan beliau bertarikh 6 Ogos 2014.

Kenyataan berkenaan berkaitan kaedah tender oleh kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pembinaan terowong bawah laut.

TAGS